Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

selera tekak

hari pertama bersahur dengan selera western. aku dan wanie memang tak tidur malam tu. macam biasa, aku layan astro, wanie memasak kat dapur. dan hasilnya seperti gambar di bawah. dalam sejarah aku, ni la kali pertama aku bersahur makanan western. tak tau berapa lama boleh tahan makan macam ni. hidup penuh dengan cubaan, orang da masak aku makan aje la.




memang superb!aku suka kuah daging "well done" kata wanie. mabeles! tak sia-sia aku support wanie tengok program AFC kat astro. berbaloi jugak hasil yang di masaknya. tak payah nak belanja lebih pergi belajar dengan chef kat sekolah memasak. kalau korang buat undian kat entry ini, insya allah hari raya nanti pun aku suruh wanie buat western aje. tak payah susah-susah nak anyam ketupat, buat rendang, ayam masak merah. lauk-lauk raya tu semua boleh tukar dengan jiran sebelah mnyebelah. tak pun pergi aje rumah mak mertua aku. yang pasti seperti tahun-tahun sebelumnya, "burasak" memang wajib untuk selera raya aku. takde menu tu aku tak raya pun takpe. aku sanggup on call sampai raya habis.




melatih wanie menjadi tukang masak profesional adalah salah satu agenda aku untuk menakluki pekan rengit. nak main dalam bidang hartanah modal tak cukup lagi. nak berpolitik tak berapa pandai. selain memikat penduduk kat sini dengan hiburan, "perut dan selera tekak" dorang menjadi sasaran aku selepas ini. jangan terkejut kalau korang tengok signboard muka aku di setiap pintu masuk pekan rengit ni nanti. masa tu jangan sebuk la nak cari balik no phone aku. kalau korang dapat call pun PA aku yang jawab nanti. aku sebuk main game.









moral: jaga pemakanan anda di bulan puasa.


***********************************************************************************

di sini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua umat islam. semoga amal ibdah kamu diberkati pada bulan yang mulia ini.

Sunday, July 19, 2009

pengantin lagi...

entry ni termasuk dalam entri bulan yang sibuk untuk semua orang sebab ni gambar pengantin untuk bulan 6. nak dekat sebulan baru aku hantar album kahwin dia. nasib baik pengantin memahami dan sportivo. kali ni takde amik outdoor session sebab pengantin sibuk melayan tetamu dan saudara mara yang hadir. agak keciwa gak untuk aku sebab aku da plan nak suruh dorang posing kat ladang kelapa sawit. takpe la...idea tu aku leh pakai untuk nakal pengantin lain.

-lokasi: felda moakill labis, segamat-











moral: sediakan payung sebelum hujan dan juga panas terik di tengahari. nasib baik tak migrain.

Monday, May 4, 2009

Selamat Hari Pekerja

walaupun agak terlambat tapi aku nak ucapkan selamat hari pekerja kepada semua.


la la la la..
hari-hari kerja..
la la la la..
tapi tak jugak kaya..
la la la la..
kerja..kerja..


*************************************************************************



1 Mei lepas anak sedara aku nikah. secara otomatik aku menjadi jurugambar rasmi majlis dia. buat pertama kali nya dalam kerjaya aku sebagai jurugambar, gambar yang aku ambil untuk satu sesi hampir penuh kad memori 2GB aku. macamana boleh jadi macam tu? gambar acara nikah, outdoor dan posing baju salin 5 pasang dalam masa satu hari (itu pun acara khatam Quran aku skip sebab balik ke kedai nak transfer gambar nikah dan outdoor). sampai kat kedai card reader aku problem. aku kontek bini aku yang kebetulan ke batu pahat untuk mengambil cup cakes yang di tempah. aku minta bini aku belikan memori kad 4GB dan card reader yang baru. balik dari batu pahat bini aku belikan aku memori kad 4GB dan satu bungkusan yang aku tak sangka - lensa 50mm! tambah lagi satu senjata aku. ikutkan hati kat situ jugak aku nak gomol bini aku tapi disebabkan terlalu ramai orang awam, aku pendam dulu perasan itu. makin berkobar-kobar semangat aku nak ambik gambar pengantin. dan hasil nya pada hari itu.













tunggu aku off nanti. penat amik gambar tak hilang lagi dah naik kerja.






moral: rancang la aktiviti seharian anda. tak guna syarikat bagi organiser/diari tiap-tiap tahun tapi tak pakai.

Thursday, April 9, 2009

demam game online kembali lagi!!



belom habis lagi main game Bioshock , aku dah ketagih ngan TrilogyranX. ya...sebelom ni aku main server trilogyran.masa tu baru anak satu. bini aku bising asal off day je asik mengadap laptop main game sampai pagi. sebabkan sifat ke bapa an yang terserlah, aku korbankan minat aku untuk bersama anak dan juga isteri. setahun berlalu anak tambah lagi satu, bebudak ni kenalkan plak trilgyranX, server baru. nasib baik ada kedai sendiri. jadi sambil jaga kedai sambil main. tak boleh nak bising lagi. huhuhu...






moral: pasni nak carik game yang anak bini minat. game apa yek?

Thursday, April 2, 2009

kek cawan

trend cupcakes sudah melanda! satu budaya yang membina dan sehat. masyarakat umum telah nampak akan prospek produk ini di pasaran semasa. dalam kegawatan ekonomi sekarang ini, mereka mengambil peluang mencari sumber-sumber lain yang boleh mendatangkan hasil sekaligus menambahkan pendapatan masing-masing. di sini saya ingin mempromosikan perniagaan Alice dan Iza. mereka ini bukan calang-calang orang. siapa yang rajin mencari biskut raya di bulan puasa mesti kenal dengan Mak Ani's cookies di bazar Plaza Angsana. aku tak tipu! sebab aku pun ketagih dengan biskut-biskut mereka yang enak dan lazat. sekarang Alice dan Iza melebarkan sayap mereka ke pembuatan kek cawan. tempohari mereka ada menyertai program IKS di Air Baloi, Pontian. aku pergi tapi duduk dalam kereta jaga anak. bini aku yang pergi melawat gerai mereka. memang sedap! kalau kau orang tak percaya, tekan sini untuk maklumat lanjut.

Lolypop Cake (anak aku suka yang ni)


Fondant Cup Cakes


Fondant Cup Cakes


Artis


Sample


mereka menerima tempahan untuk majlis harijadi, perkahwinan, suka-suka untuk makan dan apa sahaja permintaan anda. hubungi mereka sekarang!!





moral: malu bertanya sesat jalan, tak basuh tangan tak boleh makan, dah beli simpan dalam peti sejuk. nanti cair.

Thursday, February 26, 2009

berapa kelajuan km/j kaki anda?

sebelum ini aku cukup tabik dengan drummer-drummer band underground. kelincahan yang ditunjukkan semasa beraksi di atas pentas mahupun di lantai amat berahi dan menggiurkan aku. dari band ska, punk terus ke metal, semuanya mampu membuatkan aku terliur di sisi pentas. bukan aku tak respek drummer band mainstream. mereka pun aku akui kehebatan masing-masing cuma belum dapat lihat sendiri dengan mata kasar secara langsung. klip video ini telah melalaikan aku buat seketika.



aku siap kena pekik lagi dengan pelanggan pasal tak layan kehendak dia layan klip video di atas. teringat aku drummer-drummer handalan masa aku baru-baru berjinak dalam dunia underground/musik. menjadi cita-cita aku untuk jadi drummer handalan sebelum habis SPM dulu.



tak sabar rasanya nak tunggu bulan 5. kalau tiada masalah, aku nak ambil cuti seminggu jadi tour guide dia orang.




moral: rajin-rajin la jogging setiap hari. kalau tiada bakat tak berguna juga.