Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

jom pergi sekolah!

sabtu lepas anak saudara bini aku ajak ke sekolahnya sempena program ICT sekolah seluruh johor. macam-macam acara ada pada hari itu seperti jualan bazar, pertandingan memasang komputer, sesi menjeling awek-awek sekolah lain dan yang di tunggu-tunggu anak saudar aku pertandingan game online. aku macam biasa la petik sana petik sini.

**********




tak sampai satu jam kat sekolah anak saudara aku ajak balik.

"ingatkan lawan game NFS ke, Half Life ke, tembak-tembak ke, rupa-rupanya game jawab soalan. baik main game kat kedai uncle." dengan muka tak puas hati sebab kena bangun pagi-pagi untuk ke sekolah pada hari sabtu.








moral: lain kali periksa dulu dengan pihak penganjur dan pihak sekolah butiran-butiran program.