Showing posts with label moral. Show all posts
Showing posts with label moral. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Tugasan + Ganjaran = Pelajaran


Babah: sebab Qary dapat selesaikan puzzle dalam masa 15 minit, babah benarkan Qary makan aiskerim.

Qary: mekaceh babah.

Babah: sebab Aqil tolong Qary buatkan dia susah nak siapkan puzzle dalam masa 15 minit, babah benarkan Aqil makan aiskerim.

Aqil: Acih bah.


bangga tengok anak-anak macam ni.


Qary: babah!pegi tolong umi cidai baju!

Babah: emph!


Thursday, August 6, 2009

risau

**entry ini sepatutnya dah publish pada tarikh kejadian berlaku. tetapi disebabkan tahap kesibukan dan kemalasan yang melampau, entry ini tertunda selama beberapa minggu. pihak editor ingin meminta maaf jika pembaca mengalami nasib yang sama seperti kisah di bawah disebabkan tidak sempat menjadikannya sebagai pengajaran. terima kasih. - 11.08.2009 -





gambar di atas adalah perkara yang aku risaukan sejak aku menggunakan jalan dalam ke tempat kerja selain kena langgar dengan pembawa H1N1 di kawasan kebun kelapa sawit antara air baloi dan parit sikom.

menjadi kebiasaan aku bila balik kerja shift malam, aku akan memandu sambil menghayati pemandangan di kiri kanan sepanjang jalan. tujuan aku berbuat demikian bukan untuk mencuci mata atau sebagainya tetapi hanyalah mencari alasan untuk mata dan otak aku aktif setelah kerja sepanjang malam. walaupun aku dapat tidur di tempat kerja tetapi mata aku tetap mahu tertutup semasa perjalanan pulang. bermacam-macam cara telah aku praktikkan. daripada mengira berapa banyak tiang lampu, jirat cina, kenderaan mempunya no plat JAT, berkaroke mengiringi lagu di radio, ataupun mengunyah kacang kuda, semuanya tidak mendatangkan hasil yang memuaskan.

hari ini aku pulang awal sikit daripada biasa. aku keluar dari tempat kerja dalam pukul 7.15 pagi. sepatutnya aku balik kerja jam 8 pagi. dah nama pun untung, cabut aje la. bukan tolak OT pun. kenderaan tidak banyak pagi ni. biasa la hari ahad. ramai yang masih berdengkur di bawah selimut masing-masing. mungkin penat menghabiskan hari cuti di tempat-tempat tumpuan ramai pada malam minggu. masa aku jadi "bos" dulu pun kalau tak pukul 5 pagi aku akan habiskan masa mengukur jalan dan taman di sekitar johor bahru bersama kawan-kawan.

pemanduan aku mengikut kategori. tak kira siang atau malam jika hendak ke tempat kerja, pemanduan aku bercorak berwaspada. ada unsur-unsur suspen, tekno dan sedikit shuffle. kelajuan kereta dalam 90 - 110 kms/j. balik kerja siang aku akan memandu sambil mendengar IKIM.fm. sebab apa? sebab aku rabun sikit pada waktu malam. jadi untuk mengurangkan aku berkhayal pada waktu itu, aku kena berpikiran waras, iaitu mendengar fakta yang benar. bukan dongeng atau mitos yang boleh mengkhayalkan kau ketika memikirkan apa kenyataan yang korang dengar di radio. kelajuan 80 - 90 kms/j. jika balik kerja malam, aku lebih bersantai pada permulaan perjalanan. cari tune dulu.

seperti biasa aku akan memandu dengan rilek dari ptp ke pekan nenas. jalan pun tak berapa elok di ulu choh. masuk pekan nenas ke kampung sawah, aku tingkatkan lagi kelajuan untuk mendapatkan mood yang sesuai. pagi-pagi ni kurang sikit mat rempit kampung keluar simpang secara mengejut. sebelum sampai simpang ke gunung pulai, di hadapan aku ada sebuah kereta gen 2 (satu family. mungkin nak ke kenduri kahwin di melaka) dan sebuah kereta kancil di hadapannya. kelajuan masa tu pun dalam 80 kms/j.

kebiasaannya aku akan mula menekan minyak lepas simpang nak ke gunung pulai (tempat aku langgar ayam pada Februari lepas) sebab lepas simpang ini ada beberapa selekoh kegemaran aku. selalunya aku akan mencabar kewarasan aku dengan memotong di selekoh tapi disebabkan kancil di hadapan pun laju, aku hanya mengekori kereta gen 2 dengan rapat. tak sangka kancil tu pun layan korner.

selekoh pertama dan kedua dimulakan dengan citarasa aku. masuk selekoh ke 3 agak laju daripada biasa. mungkin sebab terlalu rapat dengan kereta di hadapan, aku tak dapat nak mengagak. lepas menjarakkan dari kereta gen 2 untuk mencari ruang di selekoh ke 4, aku perasan kancil di hadapan tak membelokkan keretanya ke kanan. kancil tu terus je ke hadapan sambil membuat satu lompatan yang tak berapa best meninggalkan debu-debu tanah berterbangan.

secara otomatik aku memperlahankan kereta sambil menghidupkan hazard light dan memberhentikan kereta aku di bahu jalan. gen 2 di hadapan pun berbuat demikian sebab dia direct witness. kancil tu dalam keadaan terbalik (seperti gambar di atas). brader gen 2 terus melompat ke bawah untuk memeriksa driver kancil yang terbalik tu. lama jugak akak tu nak merangkak keluar.

"boleh tahan jugak akak ni bawak kereta" getus hati aku.

akak tu cuma luka kecil di tangan kanan, terseluih siku kiri dan kehilangan handphone. mungkin tercampak keluar dari kereta semasa terbang tadi. seperti pemandu lain yang memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian eksiden, aku mengamati kancil yang terbalik tu sambil mencari punca kenapa boleh terbang tanpa kerelaan pemandu. aku perasan tayar kirinya dah terkeluar daripada cengkaman rim. mungkin tercabut semasa hendak membelok ke kanan dengan kelajuan yang tinggi. melihat keadaan pemandu selamat, aku meneruskan perjalanan. sempat jugak aku memeriksa tekanan angin tayar aku. manalah tahu, malang tak berbau.

kejadian tadi membuatkan aku segar dari mengantuk. aku cuba meletakkan aku dalam situasi begitu. siapa yang nak tolong aku? aku nak hubungi siapa? nak buat apa? macam-macam soalan ligat dalam kepala otak aku. disebabkan terlalu banyak berpikir dengan tak tahan menahan sinaran matahari pagi campur mengantuk, aku mengambil keputusan untuk berhenti di kedai jual nenas kat simpang parit makasar/air baloi untuk melelapkan mata seperti yang aku selalu buat kalau kerja malam. bila la dorang nak buat R&R kat sini. asik tidur tepi jalan aje.







moral: malang tak berbau. periksa tayar selalu!

Wednesday, April 15, 2009

hujan

2-3 minggu ni asik hujan sahaja. dari hujan renyai hingga ke hujan lebat. tak termasuk hujan ribut yang melanda di beberapa kawasan. ada sekali tu kedai aku di masuki air. kerugian: satu extention 6 kaki dan satu printer lexmark (dapat percuma ni). aku redha dengan ujian yang diterima. pada mulanya aku nak komplen ngan tuan kedai sebab struktur kawasan depan kedai aku tak kalis air. rasanya kalau di audit dengan jabatan iso malaysia memang kantol. tapi sebelum aku lancarkan komplen aku buat siasatan aku sendiri. kalau ikut dengan struktur yang ada sekarang ni memang disediakan saluran-saluran air untuk situasi hujan lebat. setelah diamati betul-betul dan membuat beberapa ujian menggunakan kit CSI aku, aku dapati air hujan masuk ke kedai aku di sebabkan kesilapan aku sendiri. ya..pintu sliding lipat-lipat telah menghalang laluan perjalanan air dengan lancar. setelah memastikan punca yang sebenar, aku segera memanggil semua ahli lembaga pengarah, ketua jabatan, pengurus-pengurus besar dan pekerja-pekerja am untuk satu mesyuarat tergempar.

"bila hujan mula turun dengan lebatnya, anda yang bertugas di minta untuk menarik pintu sliding hadapan (pintu lipat-lipat) sehingga lurus. ini untuk memastikan kelancaran saluran air tidak bertakung/terhalang dari laluannya (sambil menunjukkan satu video lakonan semula yang aku baru buat sebentar tadi)."

mereka bersetuju sebulat suara tanpa bantahan. tiba-tiba wakil dari bahagian pemasaran mencelah sambil mengangkat tangan.

"adakah tindakan ini akan berjaya? adakah air hujan itu tidak akan melimpah lagi? apa jaminan incik untuk masa akan datang?"

dengan tidak semena-mena aku rasa tercabar. kewibawaan dan reputasi aku menjadi taruhan dalam mesyuarat ini. sebelum menjawab soalan aku ingat balik hasil siasatan dan langkah-langkah pencegahan yang aku telah buat. secara teori tiada masalah dan 100% berjaya.

"kita tunggu dan lihat. kalau ikut ramalan kaji cuaca hari ini, malam ini atau tengahari besok di jangka hujan akan turun dengan lebat di beberapa kawasan berhampiran. kita akan ketahui samada langkah-langkah pencegahan ini berjaya atau tidak."

jawapan aku kali ini kurang menyakinkan ahli lembaga pengarah yang lain. mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri seolah-olah kurang yakin dengan pelan yang aku bentangkan. wakil dari bahagian pemasaran tadi melihat aku sambil tersengih kepuasan. aku hanya mampu bersabar sambil menamatkan mesyuarat.


**********************
keesokan harinya

jam menunjukkan 1.30 petang. kelihatan awan hitam berarak menghimpit satu sama lain. di ikuti dengan guruh mengegarkan isi kandung bumi. seperti 2 gergasi sedang berlaga-laga di langit. hanya beberapa orang sahaja yang hadir untuk menyaksikan apa yang akan berlaku. semuanya seperti tidak sabar hendak melihat apa yang berlaku. dan akhirnya hujan pun turun dengan lebat.

semua berkumpul di tempat di mana air melimpah masuk ke kedai tempoh hari. air mula mengalir perlahan-lahan. dalam masa beberapa minit sahaja air hujan tadi mengalir dengan derasnya. ada juga terdengar cadangan untuk bermain kuda longkang. aku tidak hiraukan dengan cadangan itu sambil menumpukan konsentrasi aku di saluran air. air semakin tinggi. terdengar keluhan suara yang gelisah. aku meminta mereka bersabar dan memberi sedikit lagi masa untuk memastikan bahawa pelan pencegahan aku ini berjaya. 15 minit kemudian semua mula berasa lega. tenyata pelan aku berjaya. aku terasa ingin bersorak gembira tetapi mengenangkan tidak mahu di sambar petir aku batalkan rancangan aku.


"tahniah. pelan anda benar-benar berjaya. kami ingin meminta maaf kerana meragui keputusan anda untuk menyelamatkan harta bende syarikat dengan kos yang minima."

maaf. mudah sekali perkataan itu keluar dari mulut mereka di mana maruah aku di pertaruhkan semalam. aku cuba bersikap profesional dan memang itu yang aku amalkan selama ini. kelihatan semuanya ingin bersurai setelah melihat demonstrasi tadi. aku masih lagi mempunyai agenda untuk mereka. kau orang ingat boleh lepas macam tu aje.

"terima kasih. kau orang nak tau tak macamana air boleh deras macam ni? kau! pergi ambik kayu jolok longkang yang tersumbat kat tepi sana. kau! pergi ambik penyodok sampah, korek sampah yang melekat kat saluran air tu. dan kau! pergi buang sampah yang dah 3 hari tak buang kat tepi tu. kau orang ni kalau tak kena sepak kat b****t memang tak buat kerja. nak tunggu air penuh kat dalam kedai baru nak buat kerja ke!? huh!"


aku masuk semula ke kedai sambung balik main game sambil budak-budak tu buat kerja yang tertangguh. siapa suruh tak buat kerja. kan da kena marah.





moral: buat kerja berpada-pada. tak buat kerja jangan sekali.

Friday, April 10, 2009

*nyip nyip*...sedapnye tidor...




esok aku akan naik kerja semula setelah di"beri" cuti bergaji penuh sejak 13.03.2009. ya..seronokkan? macamana aku boleh dapat cuti? aku didakwa menjadi ketua pakatan kepada semua supervisor shift aku (seramai 18 orang), berpakat mengajak mereka MC pada malam 9.3.2009 (malam maulidur rasul (gila public holiday nak MC. gaji kira double tu!!)). sepatutnya kesemua 18 orang di gantung kerja tetapi kerana mengikut nafsu dan perasan, hanya 2 orang sahaja yang digantung kerja. kes ini sepatutnya di bicara 2 minggu dari tarikh kami di gantung kerja tetapi tak juga di bicarakan. tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai la ni baru panggil naik kerja. aku jadi semakin risau. iye la...nak dekat sebulan aku tak kerja. mesti banyak lupa macamana nak buat kerja. ades...






moral: lain kali nak MC tanya kawan-kawan yang lain MC jugak ke tak. kalau tak dengan mudah je dapat cuti bergaji penuh.

Friday, January 9, 2009

AWAS! KAWASAN KAMPUNG




pagi tadi balik dari kerja aku ikut jalan dalam (pekan nenas - parit makasar - benut - rengit). biasanya pagi2 ni kenderaan tak banyak yang guna jalan ni. jadi aku pun drive seperti biasa mengikut spec masa yang telah ditetapkan oleh aku sendiri bila ikut jalan tu. biasanya jalan kampung ni speed limit dier 60 km/j, tapi aku bedal gak 100 km/j dengan kelisabiru aku. bila sampai satu korner berhampiran dengan simpang gunung pulai, aku drop gear dan menten kelajuan masuk korner tu dengan berhati2. lepas je korner tu ade 2 ekor ayam - satu jantan satu betina sedang melepak kat tengah jalan. selalunya ayam ni bila nampak kereta dia terus lari tapi kali ni macam pelik plak bila ayam 2 ekor nih buat bodo aje. bila aku nak mengelak ayam ni ke kanan tiba2 ada satu kereta ntah dari mana keluar simpang. masa tu aku cuma sempat tahan nafas dan terus ke depan. ayam tu pun otomatik la panik dan lari ke kiri bahu jalan. ayam jantan tu selamat tetapi ayam betina tu hanya mampu tunduk dengan harapan dapat lepas melalui bawah kereta aku. ternyata teori tu tak masuk akal. korang pun tau ape kesudahannya. lepas ayam betina tu mengeluarkan bunyi yang tak sedap didengar, aku sempat melihat ayam betina tu bergolek2 ke tepi jalan dengan cermin pandang belakang. terdetik perasaan insaf dalam hati. aku terus slow down ke speed limit yang ditetapkan. ayam betina tu adalah mangsa kemalangan aku yang ke 2 dalam sejarah aku memandu kelisabiru. mangsa pertama adalah seekor anjing yang tak bertuan pada 4 tahun lepas kat highway ptp. habis londeh bumper aku. tapi hikmah masa tu aku dapat tukar bodykit baru. setakat langgar ayam ape la sangat.



.............................



aku masih teringat kat ayam tu sepanjang 3 minit perjalanan. aku tak sedap hati lalu berhenti kat tepi jalan untuk periksa kereta aku. fuh lega...bumper aku masih kuat lagi di tempat asal. aku masuk balik dalam kereta untuk menyambung perjalanan. gear 1, gear 2 aku tarik macam orang baru dapat lesen kereta. setelah berpikir banyak kali aku nekad untuk mengubah gaya pemanduan. tetapi niat tu tak kesampaian bila kelisabiru di overtake dengan gaya yang agak kurang ajar oleh lori kelapa sawit. secara spontan kaki aku terus pijak pedal minyak sampai ke lantai. bai bai aku cakap dalam hati kat ayam tadi dan helo pade apek lori kelapa sawit tuh. kejap je aku dah kat sebelah apek tu. sempat gak aku jeling apek lori tu. dier pun tengok aku semacam je. lantak la..aku nak cepat. nak bekfes ngan bini aku. kesudahannya, aku sampai rengit 10 minit awal daripada biasa.


moral: berhati-hati masa memandu di kawasan kampung.