Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Tugasan + Ganjaran = Pelajaran


Babah: sebab Qary dapat selesaikan puzzle dalam masa 15 minit, babah benarkan Qary makan aiskerim.

Qary: mekaceh babah.

Babah: sebab Aqil tolong Qary buatkan dia susah nak siapkan puzzle dalam masa 15 minit, babah benarkan Aqil makan aiskerim.

Aqil: Acih bah.


bangga tengok anak-anak macam ni.


Qary: babah!pegi tolong umi cidai baju!

Babah: emph!


Sunday, August 16, 2009

dapat korek mesti sedap..



*A tunnel boring machine (TBM) is a machine used to excavate tunnels with a circular cross section through a variety of soil and rock strata. They can bore through hard rock, sand, and almost anything in between. Tunnel diameters can range from a metre (done with micro-TBMs) to 19 metres. Tunnels of less than a metre or so in diameter are typically done by horizontal directional drilling rather than TBMs.

Tunnel boring machines are used as an alternative to drilling and blasting (D&B) methods in rock and conventional 'hand mining' in soil. A TBM has the advantages of limiting the disturbance to the surrounding ground and producing a smooth tunnel wall. This significantly reduces the cost of lining the tunnel, and makes them suitable to use in heavily urbanized areas. The major disadvantage is the upfront cost. TBMs are expensive to construct, difficult to transport and require significant infrastructure. The biggest is built by Herrenknecht AG of Schwanau, Germany to dig the 57 km Gotthard Base Tunnel. It has a diameter of 19 meters.



************************************************************************************

aku tak puas hati dengan sistem perparitan kat kawasan kedai aku ni. asal hujan lebat je air masuk dalam kedai. letih la aku nak kena mop dengan punggah pc letak atas meja. aku dah start kumpul duit nak beli mesin kat atas ngan lantik kontraktor dari jepun. lepas ni indah water pun kena bayar kat aku kalau nak pakai aku punya longkang.






moral: sediakan payung sebelom hujan, sediakan longkang sebelom banjir


Friday, August 14, 2009

H1N1 lagi!!

**sekadar gambar hiasan



mari lah kita sama-sama berdoa supaya kawan wanie - Nazatul Issma dan anak dia - Mohammad Ashraf cepat sembuh dari jangkitan H1N1. sekarang mereka dikuarantin kan di rumah TTDI shah alam...

Thursday, August 6, 2009

risau

**entry ini sepatutnya dah publish pada tarikh kejadian berlaku. tetapi disebabkan tahap kesibukan dan kemalasan yang melampau, entry ini tertunda selama beberapa minggu. pihak editor ingin meminta maaf jika pembaca mengalami nasib yang sama seperti kisah di bawah disebabkan tidak sempat menjadikannya sebagai pengajaran. terima kasih. - 11.08.2009 -





gambar di atas adalah perkara yang aku risaukan sejak aku menggunakan jalan dalam ke tempat kerja selain kena langgar dengan pembawa H1N1 di kawasan kebun kelapa sawit antara air baloi dan parit sikom.

menjadi kebiasaan aku bila balik kerja shift malam, aku akan memandu sambil menghayati pemandangan di kiri kanan sepanjang jalan. tujuan aku berbuat demikian bukan untuk mencuci mata atau sebagainya tetapi hanyalah mencari alasan untuk mata dan otak aku aktif setelah kerja sepanjang malam. walaupun aku dapat tidur di tempat kerja tetapi mata aku tetap mahu tertutup semasa perjalanan pulang. bermacam-macam cara telah aku praktikkan. daripada mengira berapa banyak tiang lampu, jirat cina, kenderaan mempunya no plat JAT, berkaroke mengiringi lagu di radio, ataupun mengunyah kacang kuda, semuanya tidak mendatangkan hasil yang memuaskan.

hari ini aku pulang awal sikit daripada biasa. aku keluar dari tempat kerja dalam pukul 7.15 pagi. sepatutnya aku balik kerja jam 8 pagi. dah nama pun untung, cabut aje la. bukan tolak OT pun. kenderaan tidak banyak pagi ni. biasa la hari ahad. ramai yang masih berdengkur di bawah selimut masing-masing. mungkin penat menghabiskan hari cuti di tempat-tempat tumpuan ramai pada malam minggu. masa aku jadi "bos" dulu pun kalau tak pukul 5 pagi aku akan habiskan masa mengukur jalan dan taman di sekitar johor bahru bersama kawan-kawan.

pemanduan aku mengikut kategori. tak kira siang atau malam jika hendak ke tempat kerja, pemanduan aku bercorak berwaspada. ada unsur-unsur suspen, tekno dan sedikit shuffle. kelajuan kereta dalam 90 - 110 kms/j. balik kerja siang aku akan memandu sambil mendengar IKIM.fm. sebab apa? sebab aku rabun sikit pada waktu malam. jadi untuk mengurangkan aku berkhayal pada waktu itu, aku kena berpikiran waras, iaitu mendengar fakta yang benar. bukan dongeng atau mitos yang boleh mengkhayalkan kau ketika memikirkan apa kenyataan yang korang dengar di radio. kelajuan 80 - 90 kms/j. jika balik kerja malam, aku lebih bersantai pada permulaan perjalanan. cari tune dulu.

seperti biasa aku akan memandu dengan rilek dari ptp ke pekan nenas. jalan pun tak berapa elok di ulu choh. masuk pekan nenas ke kampung sawah, aku tingkatkan lagi kelajuan untuk mendapatkan mood yang sesuai. pagi-pagi ni kurang sikit mat rempit kampung keluar simpang secara mengejut. sebelum sampai simpang ke gunung pulai, di hadapan aku ada sebuah kereta gen 2 (satu family. mungkin nak ke kenduri kahwin di melaka) dan sebuah kereta kancil di hadapannya. kelajuan masa tu pun dalam 80 kms/j.

kebiasaannya aku akan mula menekan minyak lepas simpang nak ke gunung pulai (tempat aku langgar ayam pada Februari lepas) sebab lepas simpang ini ada beberapa selekoh kegemaran aku. selalunya aku akan mencabar kewarasan aku dengan memotong di selekoh tapi disebabkan kancil di hadapan pun laju, aku hanya mengekori kereta gen 2 dengan rapat. tak sangka kancil tu pun layan korner.

selekoh pertama dan kedua dimulakan dengan citarasa aku. masuk selekoh ke 3 agak laju daripada biasa. mungkin sebab terlalu rapat dengan kereta di hadapan, aku tak dapat nak mengagak. lepas menjarakkan dari kereta gen 2 untuk mencari ruang di selekoh ke 4, aku perasan kancil di hadapan tak membelokkan keretanya ke kanan. kancil tu terus je ke hadapan sambil membuat satu lompatan yang tak berapa best meninggalkan debu-debu tanah berterbangan.

secara otomatik aku memperlahankan kereta sambil menghidupkan hazard light dan memberhentikan kereta aku di bahu jalan. gen 2 di hadapan pun berbuat demikian sebab dia direct witness. kancil tu dalam keadaan terbalik (seperti gambar di atas). brader gen 2 terus melompat ke bawah untuk memeriksa driver kancil yang terbalik tu. lama jugak akak tu nak merangkak keluar.

"boleh tahan jugak akak ni bawak kereta" getus hati aku.

akak tu cuma luka kecil di tangan kanan, terseluih siku kiri dan kehilangan handphone. mungkin tercampak keluar dari kereta semasa terbang tadi. seperti pemandu lain yang memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian eksiden, aku mengamati kancil yang terbalik tu sambil mencari punca kenapa boleh terbang tanpa kerelaan pemandu. aku perasan tayar kirinya dah terkeluar daripada cengkaman rim. mungkin tercabut semasa hendak membelok ke kanan dengan kelajuan yang tinggi. melihat keadaan pemandu selamat, aku meneruskan perjalanan. sempat jugak aku memeriksa tekanan angin tayar aku. manalah tahu, malang tak berbau.

kejadian tadi membuatkan aku segar dari mengantuk. aku cuba meletakkan aku dalam situasi begitu. siapa yang nak tolong aku? aku nak hubungi siapa? nak buat apa? macam-macam soalan ligat dalam kepala otak aku. disebabkan terlalu banyak berpikir dengan tak tahan menahan sinaran matahari pagi campur mengantuk, aku mengambil keputusan untuk berhenti di kedai jual nenas kat simpang parit makasar/air baloi untuk melelapkan mata seperti yang aku selalu buat kalau kerja malam. bila la dorang nak buat R&R kat sini. asik tidur tepi jalan aje.







moral: malang tak berbau. periksa tayar selalu!

Thursday, June 18, 2009

H1N1 - penyakit berjangkit?ptuih...

penyakit berjangkit ni memang satu penyakit yang membimbangkan semua orang terutama sekali kepada ibu bapa seperti aku. ye la...kalau jangkit kat kita yang dah besar panjang ni ok lagi sebab dah pandai jaga diri. kalau kena kat anak-anak kita yang masih kecil macamana!?kita bukan tau kehendak anak-anak kecil ini dengan segera. yang mereka tau cuma menangis dan terus menangis. kena anak aku yang sulung ok lagi la sebab dah boleh menutur beberapa perkataan walaupun tak berapa jelas tapi bila diulang berkali-kali paham juga apa yang diingini. belom pernah lagi aku dengar Abqary menangis sambil nyanyi lagu wonderpet. "kamnyi nyatang..kamnyi nyatang..pe nyang penting..kenyenyame.."

**************************************************************************************

pada entry yang lepas aku ada beritahu kat korang semua yang Abqary di masukkan ke hospital SJMC kerana jangkitan kuman bawah kulit. 2 hari juga Abqary di tahan di hospital. tengok bil dia je leh buat aku tergaru-garu kepala yang tak gatal. nasib baik insuran cover. itu pun kena keluar duit sendiri sikit untuk fees yang insuran tak cover. yang penting Abqary sehat seperti sediakala. kelmarin masa ke shah alam untuk membawa pulang Abqary aku sempat menghantar adiknya Aqil untuk diperiksa di hospital yang sama. doktor itu bagitahu yang tumbersaran Aqil ini delayed - bermaksud tumbersaran nya tak seiring dengan keadaan fizikal. dia menasihatkan Aqil menjalani rawatan fisioterapi dan mengambil ujian MRI. aku diam sebentar. doktor itu seperti memahami bila melihat air muka aku yang berubah.

"rawatan MRI (brain scan) itu dalam lingkungan RM1200 - Rm1400. awak fikirla..asyik kerja cari duit sahaja tetapi kesihatan anak harus diutamakan." dengan slang india kasta tinggi.

aku renung anak mata doktor itu dalam-dalam dengan harapan dia dapat membaca fikiran aku. ibu dan bapa mana yang tak nak anak-anak mereka sehat dan normal seperti anak-anak yang lain. begitu juga dengan aku. ikutkan sejarah kesihatan anak aku yang sorang ni memang menyedihkan. kalau boleh pindahkan penyakit nya ini aku orang pertama yang menawarkan diri. anak menjadi keutamaan. tanpa berfikir 3 kali aku bersetuju menjalani rawatan untuk Aqil selasa ini. apa nak jadi, jadi la.

sepanjang perjalanan pulang ke rengit malam semalam, mak dan mak mentua aku tak henti-henti beri semangat. duit boleh cari. kesihatan anak tu penting. ya...memang betul. kesihatan anak tu lagi penting dari segalanya. mereka la penyambung zuriat dan keturunan aku. mereka juga penghibur hati aku bila aku penat pulang bekerja. mereka anak murid aku yang pertama dalam mengajar mereka panduan agama,erti kehidupan dan teknik menangkap gambar.



siapa yang rasa nak tukar bodykit Coure L7 limitid edition, seat Gino kotak-kotak hitam, stereng Gino dan sepotrim champion boleh hubungi aku. harga boleh dirunding.



gambar tahun 2006. sepotrim tu da jual. ganti sepot rim di bawah.

sepotrim champion








moral: sediakan tabung untuk masa hadapan.

Wednesday, May 27, 2009

pedihnya hati aku ini....


para pembaca semua. semalam aku baru dapat tahu hasil gambar aku sebanyak 248 keping kesemuanya telah di jual tanpa kebenaran aku. perkara ini amat memedihkan hati kerana setahu aku gambar-gambar itu di beri atas tujuan amal. bila aku dapat tahu koleksi gambar-gambar aku di jual pada harga rm50 (1 box = 2 keping DVD format video dan 1 keping DVD format foto) aku benar - benar terkilan. lebih memedihkan lagi bila tengok gambar - gambar preview kat cover DVD itu hampir 3/4 hasil tangkapan aku. puii!!! iya la....nak jual tak beritahu aku, tak minta kebenaran nak jual, komisen mahupun bentuk penghargaan pun takde.....siapa yang tak bengang!!aku tak mintak banyak pun. 1 free copy udah le!!!bukannya kompeni kecik - kecik jual apam balik depan bank yang rip off, tapi kompeni besar tu.represent brand global lagi. malu la oiiii!!!!ok fine. i'll see u in court!






moral: jangan lupa letak signature atau watermark pada foto anda.

Saturday, April 25, 2009

apa nak jadi!?

apa nak jadi? cuti makin lama pun tapi takde bahan nak update entry baru. hmm...



bulan 5 ngan 6 aku start sebuk ngan undangan perkahwinan. jemputan dan tempahan. mudah-mudahan bertambah la rezeki untuk aku dan anak bini. amin.







moral: asik main game aje. macam mana nak berkembang.

Wednesday, April 15, 2009

hujan

2-3 minggu ni asik hujan sahaja. dari hujan renyai hingga ke hujan lebat. tak termasuk hujan ribut yang melanda di beberapa kawasan. ada sekali tu kedai aku di masuki air. kerugian: satu extention 6 kaki dan satu printer lexmark (dapat percuma ni). aku redha dengan ujian yang diterima. pada mulanya aku nak komplen ngan tuan kedai sebab struktur kawasan depan kedai aku tak kalis air. rasanya kalau di audit dengan jabatan iso malaysia memang kantol. tapi sebelum aku lancarkan komplen aku buat siasatan aku sendiri. kalau ikut dengan struktur yang ada sekarang ni memang disediakan saluran-saluran air untuk situasi hujan lebat. setelah diamati betul-betul dan membuat beberapa ujian menggunakan kit CSI aku, aku dapati air hujan masuk ke kedai aku di sebabkan kesilapan aku sendiri. ya..pintu sliding lipat-lipat telah menghalang laluan perjalanan air dengan lancar. setelah memastikan punca yang sebenar, aku segera memanggil semua ahli lembaga pengarah, ketua jabatan, pengurus-pengurus besar dan pekerja-pekerja am untuk satu mesyuarat tergempar.

"bila hujan mula turun dengan lebatnya, anda yang bertugas di minta untuk menarik pintu sliding hadapan (pintu lipat-lipat) sehingga lurus. ini untuk memastikan kelancaran saluran air tidak bertakung/terhalang dari laluannya (sambil menunjukkan satu video lakonan semula yang aku baru buat sebentar tadi)."

mereka bersetuju sebulat suara tanpa bantahan. tiba-tiba wakil dari bahagian pemasaran mencelah sambil mengangkat tangan.

"adakah tindakan ini akan berjaya? adakah air hujan itu tidak akan melimpah lagi? apa jaminan incik untuk masa akan datang?"

dengan tidak semena-mena aku rasa tercabar. kewibawaan dan reputasi aku menjadi taruhan dalam mesyuarat ini. sebelum menjawab soalan aku ingat balik hasil siasatan dan langkah-langkah pencegahan yang aku telah buat. secara teori tiada masalah dan 100% berjaya.

"kita tunggu dan lihat. kalau ikut ramalan kaji cuaca hari ini, malam ini atau tengahari besok di jangka hujan akan turun dengan lebat di beberapa kawasan berhampiran. kita akan ketahui samada langkah-langkah pencegahan ini berjaya atau tidak."

jawapan aku kali ini kurang menyakinkan ahli lembaga pengarah yang lain. mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri seolah-olah kurang yakin dengan pelan yang aku bentangkan. wakil dari bahagian pemasaran tadi melihat aku sambil tersengih kepuasan. aku hanya mampu bersabar sambil menamatkan mesyuarat.


**********************
keesokan harinya

jam menunjukkan 1.30 petang. kelihatan awan hitam berarak menghimpit satu sama lain. di ikuti dengan guruh mengegarkan isi kandung bumi. seperti 2 gergasi sedang berlaga-laga di langit. hanya beberapa orang sahaja yang hadir untuk menyaksikan apa yang akan berlaku. semuanya seperti tidak sabar hendak melihat apa yang berlaku. dan akhirnya hujan pun turun dengan lebat.

semua berkumpul di tempat di mana air melimpah masuk ke kedai tempoh hari. air mula mengalir perlahan-lahan. dalam masa beberapa minit sahaja air hujan tadi mengalir dengan derasnya. ada juga terdengar cadangan untuk bermain kuda longkang. aku tidak hiraukan dengan cadangan itu sambil menumpukan konsentrasi aku di saluran air. air semakin tinggi. terdengar keluhan suara yang gelisah. aku meminta mereka bersabar dan memberi sedikit lagi masa untuk memastikan bahawa pelan pencegahan aku ini berjaya. 15 minit kemudian semua mula berasa lega. tenyata pelan aku berjaya. aku terasa ingin bersorak gembira tetapi mengenangkan tidak mahu di sambar petir aku batalkan rancangan aku.


"tahniah. pelan anda benar-benar berjaya. kami ingin meminta maaf kerana meragui keputusan anda untuk menyelamatkan harta bende syarikat dengan kos yang minima."

maaf. mudah sekali perkataan itu keluar dari mulut mereka di mana maruah aku di pertaruhkan semalam. aku cuba bersikap profesional dan memang itu yang aku amalkan selama ini. kelihatan semuanya ingin bersurai setelah melihat demonstrasi tadi. aku masih lagi mempunyai agenda untuk mereka. kau orang ingat boleh lepas macam tu aje.

"terima kasih. kau orang nak tau tak macamana air boleh deras macam ni? kau! pergi ambik kayu jolok longkang yang tersumbat kat tepi sana. kau! pergi ambik penyodok sampah, korek sampah yang melekat kat saluran air tu. dan kau! pergi buang sampah yang dah 3 hari tak buang kat tepi tu. kau orang ni kalau tak kena sepak kat b****t memang tak buat kerja. nak tunggu air penuh kat dalam kedai baru nak buat kerja ke!? huh!"


aku masuk semula ke kedai sambung balik main game sambil budak-budak tu buat kerja yang tertangguh. siapa suruh tak buat kerja. kan da kena marah.





moral: buat kerja berpada-pada. tak buat kerja jangan sekali.

Saturday, March 21, 2009

trend yang bahaya


sudah lama aku perasan budaya meletak kereta di bahu jalan bila ada majlis perkahwinan di kawasan kampung ini. pada mulanya aku menganggap ia perkara biasa. tapi bila di kaji semula, peratusan akan berlakunya kemalangan adalah sangat tinggi. ada tuan majlis yang perihatin dan mampu akan mengupah anggota RELA untuk berkawal di jalan raya. mana yang tidak mampu atau tidak ambil kisah akan buat tak tahu sahaja. mungkin masyarakat kampung yang tinggal bersebelahan dengan jalan utama ini sudah biasa dengan keadaan sebegini. mungkin juga kekurangan tempat meletak kereta yang sesuai antara faktor yang menyumbang kepada perlakuan begini. nak sewa dewan komuniti dan hotel di luar bajet. walaubagaimanapun keselamatan tetamu adalah tanggungjawab tuan majlis jika berlaku kemalangan.



***************



Sempoi


sebenarnya aku hanya di undang sebagai tetamu untuk majlis di bawah ini. tetapi dah menjadi kebiasaan aku bila jiran yang aku kenal buat majlis, aku akan bertandang dengan kamera digital aku walaupun mereka telah melantik jurugambar rasmi majlis mereka. aku tak kisah. begitu juga jurugambar rasmi mereka. mereka faham jurugambar yang baru nak belajar dan masih hijau seperti aku. mana yang mesra lagi baik hati akan memberi aku tips dan nasihat untuk mendapatkan shot dan angle yang menarik. terima kasih kepada mereka yang tidak lokek memberi tunjuk ajar.


majlis ini adalah majlis sebelah pengantin lelaki. cucu kepada tuan kedai yang aku sewa. rumahnya terletak di belakang kedai aku. majlis yang aku rasa cukup simple dan sempoi. tiada paluan kompang atau tari-tarian. pengantin sampai, jalan, senyum-senyum terus menuju ke pelamin di dalam rumah. cuma pada majlis ini ada acara menabur duit. aku terfikir juga dari mana asalnya acara sebegini. rasanya tujuan acara menabur duit ini di buat untuk menghiburkan kanak-kanak kecil ahli keluarga dan sanak saudara serta yang mengunjung pada majlis itu. cuma yang aku hairan pada majlis ini, kanak-kanak boleh rilek je buat tak tahu. makcik-makcik pulak yang meriah berasak-asak, tolak-menolak mengutip duit syiling yang di tabur oleh pasangan pengantin. kalau aku tahu ada acara macam ni, aku bagitahu budak-budak kat kedai aku. biar dia orang kutip habis duit-duit syiling tu semua. nanti dia orang belanja kat kedai aku jugak. tak payah aku nak bersusah payah kutip duit syiling kat bawah rumah.


pengantin duduk bersanding pun tak lama. mungkin pengantin lelaki dah puas bersanding masa majlis pihak perempuan. duduk lebih kurang 10 minit turun balik untuk makan damai. cuma yang tak bestnya jurugambar-jurugambar yang tak rasmi (tak termasuk aku) tiba-tiba muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. berbekalkan kamera kompak dan henfon canggih masing-masing tidak melepaskan peluang mengambil gambar pengantin. aku tengok muka abang halim (jurugambar rasmi - rasanya halim namanya masa kita orang bersalam) dah naik berkerut. dia sendiri berada di tempat yang tak berapa stategik untuk seorang jurugambar. memang la peluang ini seumur hidup sekali untuk menyimpan melihat individu yang di sayangi bersanding (itu pu kalau tak tambah kuota), tapi kesian la kat mereka yang di pertanggungjawabkan membuat kerja mereka. tapi ini cuma pendapat aku la. keadaan sebegini masih lagi belum serius. rasanya jurugambar-jurugambar di luar sana pun pandai mengambil peluang dan menyesuaikan diri dengan keadaan sebegini.




masa makan damai aku kurang mengambil gambar pengantin. tempat makan damai tu kurang pencahayaan. bateri speedlite aku dah nyawa-nyawa ikan. gambar yang aku ambil tak berapa sedap mata memandang. aku anggap ini semua latihan untuk aku. benda yang aku harus belajar supaya aku bersedia jika aku diberikan tanggungjawab mengambil gambar pengantin di lain hari. banyak lagi sudut dan teknik yang harus aku perbetulkan. tak macam sebelum ini. sedang aku khusyuk mengambil gambar pengantin di atas pelamin, speedlite aku terus padam. nasib baik pengantin dah nak turun makan damai. sempat aku pergi ke kedai beli bateri spare. kalau kedai tutup sebab tokeh nak makan nasi minyak, mana aku nak carik bateri?






sebab tempatnya dekat, pukul 1.30 aku datang makan, lepas ambil gambar makan lagi, last sebelum berkemas pun makan lagi. jimat duit aku semalam. bini aku pergi KL semalam. ada interview.





moral: kalau rumah dekat dengan rumah pengantin, digalakkan berjalan kaki. nanti bila dah sampai rumah anda akan terasa lapar kembali.