Thursday, August 6, 2009

risau

**entry ini sepatutnya dah publish pada tarikh kejadian berlaku. tetapi disebabkan tahap kesibukan dan kemalasan yang melampau, entry ini tertunda selama beberapa minggu. pihak editor ingin meminta maaf jika pembaca mengalami nasib yang sama seperti kisah di bawah disebabkan tidak sempat menjadikannya sebagai pengajaran. terima kasih. - 11.08.2009 -





gambar di atas adalah perkara yang aku risaukan sejak aku menggunakan jalan dalam ke tempat kerja selain kena langgar dengan pembawa H1N1 di kawasan kebun kelapa sawit antara air baloi dan parit sikom.

menjadi kebiasaan aku bila balik kerja shift malam, aku akan memandu sambil menghayati pemandangan di kiri kanan sepanjang jalan. tujuan aku berbuat demikian bukan untuk mencuci mata atau sebagainya tetapi hanyalah mencari alasan untuk mata dan otak aku aktif setelah kerja sepanjang malam. walaupun aku dapat tidur di tempat kerja tetapi mata aku tetap mahu tertutup semasa perjalanan pulang. bermacam-macam cara telah aku praktikkan. daripada mengira berapa banyak tiang lampu, jirat cina, kenderaan mempunya no plat JAT, berkaroke mengiringi lagu di radio, ataupun mengunyah kacang kuda, semuanya tidak mendatangkan hasil yang memuaskan.

hari ini aku pulang awal sikit daripada biasa. aku keluar dari tempat kerja dalam pukul 7.15 pagi. sepatutnya aku balik kerja jam 8 pagi. dah nama pun untung, cabut aje la. bukan tolak OT pun. kenderaan tidak banyak pagi ni. biasa la hari ahad. ramai yang masih berdengkur di bawah selimut masing-masing. mungkin penat menghabiskan hari cuti di tempat-tempat tumpuan ramai pada malam minggu. masa aku jadi "bos" dulu pun kalau tak pukul 5 pagi aku akan habiskan masa mengukur jalan dan taman di sekitar johor bahru bersama kawan-kawan.

pemanduan aku mengikut kategori. tak kira siang atau malam jika hendak ke tempat kerja, pemanduan aku bercorak berwaspada. ada unsur-unsur suspen, tekno dan sedikit shuffle. kelajuan kereta dalam 90 - 110 kms/j. balik kerja siang aku akan memandu sambil mendengar IKIM.fm. sebab apa? sebab aku rabun sikit pada waktu malam. jadi untuk mengurangkan aku berkhayal pada waktu itu, aku kena berpikiran waras, iaitu mendengar fakta yang benar. bukan dongeng atau mitos yang boleh mengkhayalkan kau ketika memikirkan apa kenyataan yang korang dengar di radio. kelajuan 80 - 90 kms/j. jika balik kerja malam, aku lebih bersantai pada permulaan perjalanan. cari tune dulu.

seperti biasa aku akan memandu dengan rilek dari ptp ke pekan nenas. jalan pun tak berapa elok di ulu choh. masuk pekan nenas ke kampung sawah, aku tingkatkan lagi kelajuan untuk mendapatkan mood yang sesuai. pagi-pagi ni kurang sikit mat rempit kampung keluar simpang secara mengejut. sebelum sampai simpang ke gunung pulai, di hadapan aku ada sebuah kereta gen 2 (satu family. mungkin nak ke kenduri kahwin di melaka) dan sebuah kereta kancil di hadapannya. kelajuan masa tu pun dalam 80 kms/j.

kebiasaannya aku akan mula menekan minyak lepas simpang nak ke gunung pulai (tempat aku langgar ayam pada Februari lepas) sebab lepas simpang ini ada beberapa selekoh kegemaran aku. selalunya aku akan mencabar kewarasan aku dengan memotong di selekoh tapi disebabkan kancil di hadapan pun laju, aku hanya mengekori kereta gen 2 dengan rapat. tak sangka kancil tu pun layan korner.

selekoh pertama dan kedua dimulakan dengan citarasa aku. masuk selekoh ke 3 agak laju daripada biasa. mungkin sebab terlalu rapat dengan kereta di hadapan, aku tak dapat nak mengagak. lepas menjarakkan dari kereta gen 2 untuk mencari ruang di selekoh ke 4, aku perasan kancil di hadapan tak membelokkan keretanya ke kanan. kancil tu terus je ke hadapan sambil membuat satu lompatan yang tak berapa best meninggalkan debu-debu tanah berterbangan.

secara otomatik aku memperlahankan kereta sambil menghidupkan hazard light dan memberhentikan kereta aku di bahu jalan. gen 2 di hadapan pun berbuat demikian sebab dia direct witness. kancil tu dalam keadaan terbalik (seperti gambar di atas). brader gen 2 terus melompat ke bawah untuk memeriksa driver kancil yang terbalik tu. lama jugak akak tu nak merangkak keluar.

"boleh tahan jugak akak ni bawak kereta" getus hati aku.

akak tu cuma luka kecil di tangan kanan, terseluih siku kiri dan kehilangan handphone. mungkin tercampak keluar dari kereta semasa terbang tadi. seperti pemandu lain yang memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian eksiden, aku mengamati kancil yang terbalik tu sambil mencari punca kenapa boleh terbang tanpa kerelaan pemandu. aku perasan tayar kirinya dah terkeluar daripada cengkaman rim. mungkin tercabut semasa hendak membelok ke kanan dengan kelajuan yang tinggi. melihat keadaan pemandu selamat, aku meneruskan perjalanan. sempat jugak aku memeriksa tekanan angin tayar aku. manalah tahu, malang tak berbau.

kejadian tadi membuatkan aku segar dari mengantuk. aku cuba meletakkan aku dalam situasi begitu. siapa yang nak tolong aku? aku nak hubungi siapa? nak buat apa? macam-macam soalan ligat dalam kepala otak aku. disebabkan terlalu banyak berpikir dengan tak tahan menahan sinaran matahari pagi campur mengantuk, aku mengambil keputusan untuk berhenti di kedai jual nenas kat simpang parit makasar/air baloi untuk melelapkan mata seperti yang aku selalu buat kalau kerja malam. bila la dorang nak buat R&R kat sini. asik tidur tepi jalan aje.







moral: malang tak berbau. periksa tayar selalu!

6 comments:

  1. sekali kakak tu korner baring la dia punye kancil ni baru betul2 drift.

    ReplyDelete
  2. tu jalan nk menghala ke pontian kan???
    mmg best bwk laju kat situ..tp kenela berjaga2..
    caiyala pemandu kancil yg terbalik tu..
    nasib tak der paper..
    tp mmg skrg pempuan bwk keta lg terer dr lelaki kan??
    tol tak..
    hee

    ReplyDelete
  3. eleh selisih ngan aku pon wat bodo je..sumbunk siak..

    ReplyDelete
  4. aduh..
    jgn begitu odah oii..
    aku skang da makin rabun..
    kene perati betul2 baru clear..
    err..selisih kat mane dan bile?
    jusco tebrau ke tempoh ari?
    nape tak tegur??
    ko da delete no aku eh??

    ReplyDelete
  5. skang leng ada hobi yg tetap skali hadap 10jam plg sekejap tu yg makin rabun jd kekwn semua dia akan lupa diingatan nya, melainkan kekwn yg ingat kan nya yg leng ada kwn..so jgn berkecil hati dan jgn pulak anggap leng takut bini, kalu dah hadap anak melalak 1/2jam pun leng bleh buat tak tahu je..

    ReplyDelete