Wednesday, February 18, 2009

Teruskan berdoa

sudah hampir seminggu kemalangan minggu lepas berlalu. sehari selepas kemalangan Nazri (mangsa) di hantar ke hospital besar johor bahru untuk pembedahan. aku pun kurang pasti untuk apa tujuan pembedahan itu yang pasti, untuk menyelamatkan dia supaya terus hidup. masa aku naik kerja hari pertama aku ada hubungi isteri aku tentang status keadaan mangsa. isteri aku cakap dah meninggal. Innalillahhiwainnalillahhirajiun. dengan serta merta wajah mangsa dalam pelukan aku masa tu terbayang di kepala otak aku. aku mengucap panjang. aku hubungi anak sedara aku untuk lebih lanjut. anak sedara aku cakap budaknya cuma koma. aku kehairanan, bingung, marah. siapa yang betul nih? aku hubungi kembali isteri aku. isteri aku pun pening maklumat yang mana harus dipercayai. ini kerana masa isteri aku dan maknya ke pasar, semua orang di pasar mengatakan mangsa sudah meninggal. lagi best, bapak mertua aku siap ke tanah perkuburan dan bertanya ada orang menempah keranda atau tidak. cis....mulut bau longkang betul dia orang ni. yang sebenarnya mangsa di "koma" kan selama beberapa hari kerana kekurangan darah di otak semasa kemalangan tempoh hari. dan hari ini berita terbaru yang aku terima, Nazri sudah menggerakkan jari-jarinya. satu tanda yang positif. Alhamdullillah. marilah kita sama-sama mendoakan nya panjang umur. Amin.


moral: kalau nak buat cerita pun jangan la pasal mati. bercerita sama dengan berdoa. busuk punya orang!!

2 comments:

  1. aku dapat cerita yang sama.
    binatang sang pembawa cerita!!!!

    ReplyDelete
  2. huhuhu...tp enLeng naper awak tak pi GH melawat mangsa???

    ReplyDelete