Sunday, March 15, 2009

rambut gaya AF



pagi tadi aku pergi ke majlis pertunangan anak saudara mak mertua aku di batu pahat. tunang dengan orang kelantan, kenal masa sama-sama belajar di USM. Macam biasa aku meringankan tangan sambil mencari sudut-sudut yang menarik. Isteri aku join dengan makcik-makcik, anak aku melihat sahaja keletah orang ramai. tiba-tiba ada sorang pakcik ni sound anak aku.

"hoh! ni ghambut punk neh!" dengan loghat kelantan.

"bukan lah..ni rambut AF ni macam budak semalam tu." jawab sorang makcik.

aku diam kejap sambil berpikir...nak ketawa ke, nak tepuk dahi ke atau nak sound pakcik ngan makcik tu. kira ok anak aku boleh menerima komen orang tua dengan selamba.



apa!? zaman 80-an dulu takde lagi ke perkataan mohawk mahupun sistem audio mohawk!?



semoga cik bakar tawarkan aku jadi jurugambar majlis anak dia ni pada bulan 12. amin.




moral: usaha tangga kejayaan. pasni cuci gambar pastu bagi kat dia. saya belanja.

2 comments:

  1. ala comelnya rambut anak abg leng...sekarang dah moden...xder nak kate punk ke mohawk ke..janji hensem...

    ReplyDelete
  2. time kaceh sue..berkat kecomelan mak bapak dia jugak.

    ReplyDelete