Saturday, March 21, 2009
trend yang bahaya
sudah lama aku perasan budaya meletak kereta di bahu jalan bila ada majlis perkahwinan di kawasan kampung ini. pada mulanya aku menganggap ia perkara biasa. tapi bila di kaji semula, peratusan akan berlakunya kemalangan adalah sangat tinggi. ada tuan majlis yang perihatin dan mampu akan mengupah anggota RELA untuk berkawal di jalan raya. mana yang tidak mampu atau tidak ambil kisah akan buat tak tahu sahaja. mungkin masyarakat kampung yang tinggal bersebelahan dengan jalan utama ini sudah biasa dengan keadaan sebegini. mungkin juga kekurangan tempat meletak kereta yang sesuai antara faktor yang menyumbang kepada perlakuan begini. nak sewa dewan komuniti dan hotel di luar bajet. walaubagaimanapun keselamatan tetamu adalah tanggungjawab tuan majlis jika berlaku kemalangan.
***************
Sempoi
sebenarnya aku hanya di undang sebagai tetamu untuk majlis di bawah ini. tetapi dah menjadi kebiasaan aku bila jiran yang aku kenal buat majlis, aku akan bertandang dengan kamera digital aku walaupun mereka telah melantik jurugambar rasmi majlis mereka. aku tak kisah. begitu juga jurugambar rasmi mereka. mereka faham jurugambar yang baru nak belajar dan masih hijau seperti aku. mana yang mesra lagi baik hati akan memberi aku tips dan nasihat untuk mendapatkan shot dan angle yang menarik. terima kasih kepada mereka yang tidak lokek memberi tunjuk ajar.
majlis ini adalah majlis sebelah pengantin lelaki. cucu kepada tuan kedai yang aku sewa. rumahnya terletak di belakang kedai aku. majlis yang aku rasa cukup simple dan sempoi. tiada paluan kompang atau tari-tarian. pengantin sampai, jalan, senyum-senyum terus menuju ke pelamin di dalam rumah. cuma pada majlis ini ada acara menabur duit. aku terfikir juga dari mana asalnya acara sebegini. rasanya tujuan acara menabur duit ini di buat untuk menghiburkan kanak-kanak kecil ahli keluarga dan sanak saudara serta yang mengunjung pada majlis itu. cuma yang aku hairan pada majlis ini, kanak-kanak boleh rilek je buat tak tahu. makcik-makcik pulak yang meriah berasak-asak, tolak-menolak mengutip duit syiling yang di tabur oleh pasangan pengantin. kalau aku tahu ada acara macam ni, aku bagitahu budak-budak kat kedai aku. biar dia orang kutip habis duit-duit syiling tu semua. nanti dia orang belanja kat kedai aku jugak. tak payah aku nak bersusah payah kutip duit syiling kat bawah rumah.
pengantin duduk bersanding pun tak lama. mungkin pengantin lelaki dah puas bersanding masa majlis pihak perempuan. duduk lebih kurang 10 minit turun balik untuk makan damai. cuma yang tak bestnya jurugambar-jurugambar yang tak rasmi (tak termasuk aku) tiba-tiba muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. berbekalkan kamera kompak dan henfon canggih masing-masing tidak melepaskan peluang mengambil gambar pengantin. aku tengok muka abang halim (jurugambar rasmi - rasanya halim namanya masa kita orang bersalam) dah naik berkerut. dia sendiri berada di tempat yang tak berapa stategik untuk seorang jurugambar. memang la peluang ini seumur hidup sekali untuk menyimpan melihat individu yang di sayangi bersanding (itu pu kalau tak tambah kuota), tapi kesian la kat mereka yang di pertanggungjawabkan membuat kerja mereka. tapi ini cuma pendapat aku la. keadaan sebegini masih lagi belum serius. rasanya jurugambar-jurugambar di luar sana pun pandai mengambil peluang dan menyesuaikan diri dengan keadaan sebegini.
masa makan damai aku kurang mengambil gambar pengantin. tempat makan damai tu kurang pencahayaan. bateri speedlite aku dah nyawa-nyawa ikan. gambar yang aku ambil tak berapa sedap mata memandang. aku anggap ini semua latihan untuk aku. benda yang aku harus belajar supaya aku bersedia jika aku diberikan tanggungjawab mengambil gambar pengantin di lain hari. banyak lagi sudut dan teknik yang harus aku perbetulkan. tak macam sebelum ini. sedang aku khusyuk mengambil gambar pengantin di atas pelamin, speedlite aku terus padam. nasib baik pengantin dah nak turun makan damai. sempat aku pergi ke kedai beli bateri spare. kalau kedai tutup sebab tokeh nak makan nasi minyak, mana aku nak carik bateri?
sebab tempatnya dekat, pukul 1.30 aku datang makan, lepas ambil gambar makan lagi, last sebelum berkemas pun makan lagi. jimat duit aku semalam. bini aku pergi KL semalam. ada interview.
moral: kalau rumah dekat dengan rumah pengantin, digalakkan berjalan kaki. nanti bila dah sampai rumah anda akan terasa lapar kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
patut la aku cari ko tak ada
ReplyDeletesedang beraksi rupanya
hai asyik kehabisan bateri je!!beli la bebyk!!hari sabtu nie jgn sampai habis bateri gak dah la
ReplyDelete