2-3 minggu ni asik hujan sahaja. dari hujan renyai hingga ke hujan lebat. tak termasuk hujan ribut yang melanda di beberapa kawasan. ada sekali tu kedai aku di masuki air. kerugian: satu extention 6 kaki dan satu printer lexmark (dapat percuma ni). aku redha dengan ujian yang diterima. pada mulanya aku nak komplen ngan tuan kedai sebab struktur kawasan depan kedai aku tak kalis air. rasanya kalau di audit dengan jabatan iso malaysia memang kantol. tapi sebelum aku lancarkan komplen aku buat siasatan aku sendiri. kalau ikut dengan struktur yang ada sekarang ni memang disediakan saluran-saluran air untuk situasi hujan lebat. setelah diamati betul-betul dan membuat beberapa ujian menggunakan kit CSI aku, aku dapati air hujan masuk ke kedai aku di sebabkan kesilapan aku sendiri. ya..pintu sliding lipat-lipat telah menghalang laluan perjalanan air dengan lancar. setelah memastikan punca yang sebenar, aku segera memanggil semua ahli lembaga pengarah, ketua jabatan, pengurus-pengurus besar dan pekerja-pekerja am untuk satu mesyuarat tergempar.
"bila hujan mula turun dengan lebatnya, anda yang bertugas di minta untuk menarik pintu sliding hadapan (pintu lipat-lipat) sehingga lurus. ini untuk memastikan kelancaran saluran air tidak bertakung/terhalang dari laluannya (sambil menunjukkan satu video lakonan semula yang aku baru buat sebentar tadi)."
mereka bersetuju sebulat suara tanpa bantahan. tiba-tiba wakil dari bahagian pemasaran mencelah sambil mengangkat tangan.
"adakah tindakan ini akan berjaya? adakah air hujan itu tidak akan melimpah lagi? apa jaminan incik untuk masa akan datang?"
dengan tidak semena-mena aku rasa tercabar. kewibawaan dan reputasi aku menjadi taruhan dalam mesyuarat ini. sebelum menjawab soalan aku ingat balik hasil siasatan dan langkah-langkah pencegahan yang aku telah buat. secara teori tiada masalah dan 100% berjaya.
"kita tunggu dan lihat. kalau ikut ramalan kaji cuaca hari ini, malam ini atau tengahari besok di jangka hujan akan turun dengan lebat di beberapa kawasan berhampiran. kita akan ketahui samada langkah-langkah pencegahan ini berjaya atau tidak."
jawapan aku kali ini kurang menyakinkan ahli lembaga pengarah yang lain. mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri seolah-olah kurang yakin dengan pelan yang aku bentangkan. wakil dari bahagian pemasaran tadi melihat aku sambil tersengih kepuasan. aku hanya mampu bersabar sambil menamatkan mesyuarat.
**********************
keesokan harinya
jam menunjukkan 1.30 petang. kelihatan awan hitam berarak menghimpit satu sama lain. di ikuti dengan guruh mengegarkan isi kandung bumi. seperti 2 gergasi sedang berlaga-laga di langit. hanya beberapa orang sahaja yang hadir untuk menyaksikan apa yang akan berlaku. semuanya seperti tidak sabar hendak melihat apa yang berlaku. dan akhirnya hujan pun turun dengan lebat.
semua berkumpul di tempat di mana air melimpah masuk ke kedai tempoh hari. air mula mengalir perlahan-lahan. dalam masa beberapa minit sahaja air hujan tadi mengalir dengan derasnya. ada juga terdengar cadangan untuk bermain kuda longkang. aku tidak hiraukan dengan cadangan itu sambil menumpukan konsentrasi aku di saluran air. air semakin tinggi. terdengar keluhan suara yang gelisah. aku meminta mereka bersabar dan memberi sedikit lagi masa untuk memastikan bahawa pelan pencegahan aku ini berjaya. 15 minit kemudian semua mula berasa lega. tenyata pelan aku berjaya. aku terasa ingin bersorak gembira tetapi mengenangkan tidak mahu di sambar petir aku batalkan rancangan aku.
"tahniah. pelan anda benar-benar berjaya. kami ingin meminta maaf kerana meragui keputusan anda untuk menyelamatkan harta bende syarikat dengan kos yang minima."
maaf. mudah sekali perkataan itu keluar dari mulut mereka di mana maruah aku di pertaruhkan semalam. aku cuba bersikap profesional dan memang itu yang aku amalkan selama ini. kelihatan semuanya ingin bersurai setelah melihat demonstrasi tadi. aku masih lagi mempunyai agenda untuk mereka. kau orang ingat boleh lepas macam tu aje.
"terima kasih. kau orang nak tau tak macamana air boleh deras macam ni? kau! pergi ambik kayu jolok longkang yang tersumbat kat tepi sana. kau! pergi ambik penyodok sampah, korek sampah yang melekat kat saluran air tu. dan kau! pergi buang sampah yang dah 3 hari tak buang kat tepi tu. kau orang ni kalau tak kena sepak kat b****t memang tak buat kerja. nak tunggu air penuh kat dalam kedai baru nak buat kerja ke!? huh!"
aku masuk semula ke kedai sambung balik main game sambil budak-budak tu buat kerja yang tertangguh. siapa suruh tak buat kerja. kan da kena marah.
moral: buat kerja berpada-pada. tak buat kerja jangan sekali.
sabau je la leng
ReplyDeletememang dugaan hidup di dunia
hidup ni ada hujan ada cerahnya
cewah!
SEKARANG MEMANG TENGAH MUSIM HUJAN BEB... KERETA AKU DAH LAME TAK BASUH NI
ReplyDeleterajuna: teruskan cerita-cerita puitis kahak ko tuh..
ReplyDeleteen.empatsegi: sama la kita..yg penting dalam kereta bersih..boleh tido kat tepi highway kalau ngantok..huhu..