walaupun agak terlambat tapi aku nak ucapkan selamat hari pekerja kepada semua.
la la la la..
hari-hari kerja..
la la la la..
tapi tak jugak kaya..
la la la la..
kerja..kerja..
*************************************************************************
1 Mei lepas anak sedara aku nikah. secara otomatik aku menjadi jurugambar rasmi majlis dia. buat pertama kali nya dalam kerjaya aku sebagai jurugambar, gambar yang aku ambil untuk satu sesi hampir penuh kad memori 2GB aku. macamana boleh jadi macam tu? gambar acara nikah, outdoor dan posing baju salin 5 pasang dalam masa satu hari (itu pun acara khatam Quran aku skip sebab balik ke kedai nak transfer gambar nikah dan outdoor). sampai kat kedai card reader aku problem. aku kontek bini aku yang kebetulan ke batu pahat untuk mengambil cup cakes yang di tempah. aku minta bini aku belikan memori kad 4GB dan card reader yang baru. balik dari batu pahat bini aku belikan aku memori kad 4GB dan satu bungkusan yang aku tak sangka - lensa 50mm! tambah lagi satu senjata aku. ikutkan hati kat situ jugak aku nak gomol bini aku tapi disebabkan terlalu ramai orang awam, aku pendam dulu perasan itu. makin berkobar-kobar semangat aku nak ambik gambar pengantin. dan hasil nya pada hari itu.
tunggu aku off nanti. penat amik gambar tak hilang lagi dah naik kerja.
moral: rancang la aktiviti seharian anda. tak guna syarikat bagi organiser/diari tiap-tiap tahun tapi tak pakai.
FUHHH DAPAT PRESENT 50MM KEE BRADERR PERGGGH LU MEMANG KENA SAYANG BINI LU BEB KALAO TAK MEMANG BEDOSA BESOO
ReplyDeleteen. : tak dapat 50mm pun aku memang sayang kat bini aku. ni tgh bagi hint 2.8 plak..huhu
ReplyDeleteitu 2.8 beli sendiri!!itu hege mcm nak pengsan tau!!bleh buat duit beranak kat SJMC 2kali,kat Pantai 5kali, kalu Hospital Batu Pahat dlm 20kali!!
ReplyDelete