Saturday, January 24, 2009

bersyukur..


alhamdulillah..

setelah banyak menghabiskan modal, keringat, masa dan tenaga akhirnya kedai aku beroperasi juga pada hari ni. ye...bisnes pertama aku sendiri, TWdotNET. terletak di RU36 sungai dulang, rengit batu pahat. orang yg banyak sekali membantu adalah mak dan bapak mertua aku (selaku ahli lembaga pengarah), adik-adik dan abang ipar (selaku konsultan, technician dan juga pekerja buruh), anak saudara bini aku (duta kedai dan menteri promosi) dan akhir sekali bini aku (kau adalah segala-galanya. i luv u!!).

semalam aku suruh bini aku panggil kengkawan anak sedara die datang kedai. aku bagi main free start lepas semayang jumaat sampai petang. punye la seronok bebudak tu sampai tak nak balik. nasib baik mak dorang tak datang kat kedai aku carik dorang. kalau tak kompom kedai aku blacklisted dalam senarai kawasan hitam rengit. dah le punye susah nak dapatkan kepercayaan pakcik2 yg selalu lepak kat kedai roti sebelah kedai aku ngan pakcik2 yg selalu lalu depan kedai aku kalau pegi surau. pak imam yang nikahkan aku pun pernah sound,

"nanti time maghrib kau jangan lupa tutup kedai. suruh budak2 tu balik rumah mandi pastu gi surau. baru boleh sambung main game."

aku pun macam biasa mengiyekan aje ape yang die cakap. langgar cakap dier kang kene petir plak kedai aku nanti. hari ni secara rasminya kedai aku beroperasi. masih lagi dalam bulan promosi. bebudak ni asik komplen je mintak tambah game bebanyak. bila aku tanye nak game ape dorang tk nak plak cakap. ade ke dorang suruh aku install game "ape-ape pun boleh". puas aku search kat google. takde pun. kalo korang ade jumpe bagitau aku.


moral: jangan bendul sangat!

No comments:

Post a Comment