Sunday, January 25, 2009

Jom ke Rengit - part 2



kali ini aku nak mempromosikan kedai aku sendiri. kenapa? sebab kedai aku kat rengit. pastu sebab aku lom ade mase lagi nak shot gambar2 yang menarik kat area rengit ni. lantak la korang nak cakap ape.

name kedai aku TWdotNET. beralamat di RU36 sungai dulang, rengit. menyedikan perkhidmatan menyewa komputer. kedai ni terletak di antara kedai makan dan kedai jahit (sila lihat pada gambar). menjadi tumpuan remaja kategori bawah 18 tahun. tu pun sebab masih lagi dalam bulan promosi. pasni tak tau dorang datang lagi ke tak kedai aku nih. di samping menyewa, aku juga menyediakan apa saja perkhidmatan di atas permintaan pelanggan (jika mampu). tu yang budak2 ni mintak yang bukan2. nak carik cheat kod pun suruh aku ke? nak jage hati punye pasal aku layankan jugak. ade sorang pakcik ni lagi best. suruh aku burn lagu tapi dier tak tau nak lagu ape. janji lagu berunsurkan ketuhanan. 2 buah lagu aje plak tuh.

waktu operasi masih lagi tak menentu. tetapi mengikut laporan pakcik yg buat roti canai kedai sebelah, seawal jam 8 pagi budak2 naik beskal da usha kedai aku. siap tanye pakcik tu kedai aku bukak pukul brape. pastu membebel ngan membe dier pasal aku bukak lambat. aku biasenye bukak dalam kol 10. dah terbiasa ngan waktu bandaraya. pukul 7 tutup hingga pukul 8. bagi laluan untuk mengerjakan solat maghrib, mandi dan makan malam. kalo malam tu tak ramai aku akan tutup kedai dalam kol 10 - 11. kalau ramai aku akan kawtim ngan pakcik sebelah untuk tutup lambat jugak. selalunye die on aje. janji ade orang datang lepak kedai dier jugak. aku siap offer pakcik tu gantung signbod "warung ini ada menyediakan perkhidmatan wifi percuma". jadi tak payah la dorang nak lepak stabak, kopibin atau mane2 cafe yg ade wifi. kat warung rengit pun ada.

aku masih belom mempunyai pekerja sendiri. sesiapa yang ingin mencuba nasib, sila hantar resume melalui email aku. dengan waktu kerja tetap aku yang tak menentu, aku memang memerlukan seorang pekerja. kalau tak sabar nak tunggu aku reply email, korang datang terus kat kedai aku.



moral: lain kali nak bukak kedai pelan2 betol2.

5 comments:

  1. semoga cc korng berdua semakin maju dan bertambah2 pc didalamnye...hehe...

    ReplyDelete
  2. suke r bc en leng punye blog...
    post r pic2 yg best kt rengit...
    hmm,..abg sy pun ad duk kt rengit indah 2...

    ReplyDelete
  3. KaPkEks: terima kasih..
    memang niat asal blog ni nak mengenalkan rengit kepada dunia..tetapi jauh menyimpang..hehe

    ReplyDelete
  4. xpe2...
    truskn mnulis ye en leng...
    sy suke bc...
    hehehe

    ReplyDelete