Tuesday, January 27, 2009
tanggungjawab
sejak pembukaan kedai aku tempoh hari aku memang tak cukup tidor. mana tak nya masa kedai tu launching aku kerja shift malam. jadi, balik kerja malam aku duduk kat kedai ganti bini aku. bini aku plak keluar pegi buat urusan lain. kalau dapat tidor pun dalam 1 - 2 jam sahaja. nak tak nak terpaksa la aku menggunakan skill tidor tanpa dengkuran kat tempat kerja. tu pun masih tak cukup lagi. kalau dulu masa bujang biasa dapat tidor 14 jam sehari, sekarang ni kalau dapat 5 jam pun dah bersyukur. bukan aku merungut cuma ingin beritahu kat orang kenapa muka aku nampak pucat, mata cengkung tapi tetap maintain hensem. ada jugak nanti tak pasal2 orang kampung suspek aku main barang. 10 tahun lepas boleh la cakap macam tu.
moral: berehat di R&R jika mengantok. tapi kalau gelang patah - pekan nenas - benut - rengit ikut jalan dalam mana ada R&R?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ada kat perpat
ReplyDeletehaha
perpat kat mane?
ReplyDeletemaklumla...aku kan nubis kat area ko ni.hak hak..
Ala leng perpat kat dgn umah wak Yahmin yg masuk TV tu..Itu la Perpat
ReplyDeletetadi pagi baru perasan kat simpang parit makasar/parit madirono ade satu R&R.
ReplyDeletehaha.cuba2 la nek moto petang2 ke arah pantai punggor. mesti ada punya. ha ha
ReplyDeleteweh kat parit makasar/madirono tu aku ada perasan. rnr musa apa entah nama dia. tapi nampak mcm warong jek.
Mintak maaf la en.LEng, tu rnr hanya bukak waktu siang je kalu awal subuh2 tutup.Naik moto ke pantai tu satu cadangan yg bagus, tp rnr apa yg ada kat situ??ada org berdating ramai la..
ReplyDeletetakpe...nanti kite naik moto pegi carik ye..kalo tak jumpe gak kote dating kat sane..
ReplyDelete