Saturday, February 7, 2009

tanam sayur?sidai baju?semua boleh!



semalam semasa aku dalam perjalanan ke tempat kerja, telefon aku berbunyi. Mak Wanie tertera di skrin handphone.

"assalamualaikum, tahir kat mana?"

"kat benut ni nak gi kerja."

"tahir balik kerja pukul berapa?"

"pukul 8. kenapa mak?"

"mak faridah nak ambik gambar 2 roll besok. tahir nak tak?"

besok!? malam ni aku kerja. besok pun kerja. nak minta cuti kompom tak dapat. kalau ikut jadual semalam, malam ni tak banyak kapal. orang cakap rezki jangan di tolak.

"boleh mak. pengantin kat mana?"

"pengantin kat parit masjid. besok sanding pukul 12. pukul 11 datang rumah mak tau"

sepanjang perjalanan ke tempat kerja aku memikirkan rancangan untuk tidur malam ni. kalau ikutkan skill aku memang tak ada masalah. mak mentua aku ni pun boleh tahan jugak ambil tempahan last minit. nasib baik aku ni jenis tahan lasak (sikit aje).

sampai di tempat kerja aku tengok jadual kerja aku. jaga satu kapal feeder. kalau ikut kiraan pergerakan sejam, sebelum pukul 6 pagi boleh habis.

"best...kapal kecik. boleh tidur ni..."

start kerja aku dah setting dulu awal-awal supaya tiada masalah yang mendatangkan masalah mengikut pengalaman aku sepanjang 7 tahun sebagai penyelia dermaga. sekali pandang pelan kapal dah tau apa yang perlu dibuat. lepas siap semua persiapan aku pergi makan malam (makan malam pukul 11. satu tabiat diet aku yang tak betul). bila dah kenyang dah tentu la senang tidur kan?

tapi jangkaan aku meleset. malam tu aku tak dapat nak lelapkan mata. sebab, hidung aku tersumbat, selsema.

badan tak letih+hidung tersumbat+minda nak tidur= tak boleh tidur

satu kombinasi yang tak menarik. aku cuba mengantukkan diri aku dengan membaca buku Artemis Fowl: Time Paradox oleh Eoin Colfer. buku ini baru release bulan oktober 2008. puas aku cari serata kedai buku, baik yang besar mahupun yang kecil. semua cakap buku belum order la, belum sampai, tak ada, tak pernah dengar. macam-macam alasan. kena cari kat oversea jugak baru dapat. kalau jimbo ada kontek di jepun, aku ada kontek kat korea selatan. aku order buku ni ngan baju hard rock cafe seoul untuk anak aku.

percubaan untuk mengantukkan diri tak berjaya. hasilnya aku makin khusyuk membaca chapter demi chapter. aku mula baca siri Artemis Fowl sejak tahun 2004. itu pun bini aku yang kenalkan masa kita orang sedang bercinta. bermula dari situ aku kumpul siri Artemis Fowl satu persatu.

jam sudah pukul 3 pun aku belom ngantok lagi. pukul 3.30 bos aku buat offer dan lawak. siapa nak balik awal angkat tangan. mana la kau nampak kalau cakap pakai radio. aku pun menawarkan diri untuk balik awal. kira tolak OT la. pukul 4 aku balik rumah mak aku kat skudai kiri. sampai umah mak aku lebeh kurang pukul 5 pagi. mak mintak tolong hantar ke benut pagi nanti. akhirnya dapat jugak la aku tidur kat rumah.

zzzz..zzz.zz....z...

pukul 8 pagi aku dah kena bangun. bersiap lebih kurang aku tolak dari rumah mak aku pukul 8.40 pagi. malas nak layan jalan dalam aku terus naik highway. layan kepala aku yang tengah sengal tak cukup tidur. lepas hantar mak aku kat benut, aku terus menuju ke rengit, singgah kedai dulu. bini aku bukak kedai awal hari ni. hari sabtu. budak-budak sekolah buat ko-korikulum kat kedai aku. heh..budak-budak sekarang. sama je macam aku dulu.

lepas sarapan lebih kurang, aku menuju ke rumah mak mertua aku. pengantin make up kat situ. pengantin lelaki orang rengit, cina masuk islam. yang best nya pengantin lelaki ni anak angkat makcik faridah dari kecil. mungkin secara otomatik dia convert islam kot. aku tak dapat nak korek cerita yang sebenar sebab Teo ni lagi banyak menghabiskan masa dia melayan tetamu. pasangan nya orang perak. tak banyak bercakap. ketat aje aku tengok muka dia. mungkin sebab baju sendat sangat agaknya.

pukul 12.30 tengahari paluan kompang bermula. aku pun macam biasa melakukan aksi-aksi mencari angle yang terbaik. peralatan aku simple aje, EOS 450D standard kit + speedlite 580. dari luar rumah menuju ke pelamin dalam rumah. semuanya berjalan lancar. tapi yang tak bestnya baru 5 - 6 shot kat pelamin, flash aku padam. chis...bateri habis la pulak. aku menukar kepada skill amatur aku pada M. memang susah nak dapatkan gambar yang terbaik. semua gelap semacam je. dalam hati aku tak habis-habis menyumpah diri sendiri. macamana la aku boleh terlupa nak tukar bateri flash tu. nasib menyebelahi aku. pasangan pengantin sudah lapar. dia orang mintak makan damai dulu baru sambung bergambar dengan keluarga. alhamdulillah..

aku tiada masalah mengambil shot di luar rumah tanpa bantuan flash. dengan cahaya semulajadi, aku hanya perlu memanipulasikan aperture dengan betul. lepas shot pengantin sebelom makan damai, aku lari sikit ke kedai berhampiran beli bateri. sepanjang perjalanan tu aku mengomel sorang-sorang supaya lepas ni jangan lupa tukar bateri setiap kali ada tempahan ambil gambar.

semuanya berjalan lancar sehingga jam 3 petang. pengantin pun dah penat dan tak tahan nak tukar baju pengantin. aku pun meminta diri dan terus menuju ke kedai. sampai kedai motor dan basikal bersusun depan pintu. aku tersenyum lebar. meriah....memang meriah.

petang tu aku pergi kerja dengan badan yang lepak. tapi muka aku penuh dengan kepuasan memikirkan apa yang telah aku buat hari ni. aku rasa seperti telah melakukan satu keajaipan (betul ke ejaan ni?). membuat 3 kerja dalam satu masa. memang memenatkan, tapi berbaloi. cuma terkilan sikit tak dapat main dengan 2 orang anak aku. itu je miricle yang aku belom berjaya buat. walaupun penat, aku akan cuba untuk memenuhi tanggungjawab aku sebagai suami, bapa, menantu, bos dan pekerja yang baik.













hasilnya malam tu aku dikejutkan oleh bos aku dari tidur ketika sedang bekerja. sendiri mau ingat la!!




7 comments:

  1. Buat pengetahuan enLeng, siTeoh tu fasih ngomong Jawa..(sumber Mak Andam Mak Leha, Punggur).Moral switch ON Light Before Night...

    ReplyDelete
  2. ade...tapi tak tau letak kat mane..

    ReplyDelete
  3. baru aku tau name ko tahir.gile rabak supercool name ko leng.oldskool grind tuh.

    ReplyDelete
  4. kena tangkap dengan sapa ? wak jep ke zam...hehehee.

    ReplyDelete
  5. Si teo tu ada bapa angkat ke kat parit tengah seri merlong ?? dia kalau tak silap belajar ke @ keje kat UTM.orang kedah ?? kalau tak salah oranglah ...

    ReplyDelete
  6. amin: dengan dua dua..
    parit mesjid la..dengar tu ari macam ye keje kat utm..

    ReplyDelete