Sunday, February 27, 2011

KIRA


KIRA = watak jahat dalam DeathNote, bilang, hitung.

7 hari lagi weyh!hahahaha!

Monday, February 7, 2011

Tugasan + Ganjaran = Pelajaran


Babah: sebab Qary dapat selesaikan puzzle dalam masa 15 minit, babah benarkan Qary makan aiskerim.

Qary: mekaceh babah.

Babah: sebab Aqil tolong Qary buatkan dia susah nak siapkan puzzle dalam masa 15 minit, babah benarkan Aqil makan aiskerim.

Aqil: Acih bah.


bangga tengok anak-anak macam ni.


Qary: babah!pegi tolong umi cidai baju!

Babah: emph!


Sunday, February 6, 2011

Jangkitan atau penyakit?



gila rasanya kalau mat kereta cakap tak kenal atau tak nak kereta kat atas ni kalau ada jutawan baik hati nak derma kat mereka atas alasan nak kurangkan jumlah cukai yang harus di bayar kepada kerajaan. semenjak dua menjak ni aku asyik di suapkan dengan info-info mengenai spesis kereta sebegini. setelah dikaji dan di bawak berbincang bersama ahli kabinet, keputusan untuk aku menganggotai kelab seni mengkecikkan diri akan diketahui selepas aku pulang dari luar negara bulan depan. confirm aje, kereta ini akan menjadi 1st projek aku.



Azam Baru (macam tahun yang lepas-lepas)


1. rajin update blog.
2. rajin buat kerja rumah.
3. rajin ulang azam tahun lepas yang tak tercapai lagi!

Tuesday, September 7, 2010

raya

ke mana hilangnya "spirit" menjelang raya?

tiada lagi dentuman meriam..
tangisan terkena mercun buatan sendiri..
gelak tawa bermain bunga api..
keletah makcik menganyam ketupat nasi..

sekarang yang ada..

bingitan eksos moto mat rempit menembak kelangit..
tangisan bayi yang hampir kejung di tepi jalan..
remaja tet tet tet menekan papan kekunci henpon..
pakcik makcik termenung jauh di pangkin rumah orang-orang tua..

melewati masa..
selamat hari raya..

Monday, June 7, 2010

Separuh Masa

sebab nak rajin update blog tapi takde idea, korang layan je la entry kali ni..











entry akan datang mungkin banyak dalam format sebegini. ade semangat tapi takde idea. mana lagi baek?





masa event ni aku sponsor kereta AE86 di atas. jgn tanye berapa aku sponsor. cukup la dengan jawapan yang keluar dari mulut driver sendiri.."**** pun sponsor jugak!". sekian.

Saturday, June 5, 2010

azam

azam setangah tahun; kurangkan malas untuk menulis.

moral: ...........

Saturday, October 31, 2009

Aktiviti sepanjang Oktober 2009


fuh...akhirnya aku berjaya jugak menyiapkan satu entri hari ini. walaupun pedih mata menahan ngantuk balik keje shift malam, terubat juga dengan kejayaan aku yang tak seberapa ni. senang cerita aku ringkaskan entri kali dari event selepas raya sampai la malam tadi. layan walaupun terpaksa!!



************************************************************************************

Beraya di kuantan
sebelum raya bini aku dah merancang untuk beraya ke rumah Asum di kuantan. Joy dan Ayuni pun nak join sekali. bukan apa, nak layan baby Zariff jalan-jalan. acara ni sebenarnya bini aku plan nak buat acara tahunan. tahun pertama kami kahwin kita orang melawat ke sana. tahun lepas dorang melawat kesini. jadi tahun ni adalah giliran mereka. di sebabkan joy dan ayuni pun dah join acara ini, mungkin giliran rumah mereka pula pada tahun depan. tapi takpe...rumah dorag dekat je kat batu pahat.

*Angah, Aqil, Wanie, Ayuni dan Baby Zariff


*Baby Zariff...junior drifter ni. kecik-kecik lagi bapak dia dah belikan AE86 sebiji.


*posing depan kedai jam


masa ni kita orang jalan-jalan di East Coast Mall. Mall baru bukak katanya. boleh tahan la tempat dia. aku ada terasa macam jalan kat City Square JB la plak. jalan punya jalan, aku beli topi kat butik Quiksilver sebagai kenangan.


*jom makan


*anak sape la ni...


ni Abqary baru lepas muntah kat tempat budak-budak main gelongsor angin. lepas makan terus join abang-abang main lompat-lompat kat gelongsor angin tu. lompat punya lompat, terus muntah. habis basah baju dan seluar. mak dia apa lagi, amek kesempatan beli baju baru la. dapat jugak shopping kat kuantan. walaupun beli baju untuk anak.


*Asum bersama kamera LOMO nya. banyak gak koleksi dia. ada 6 biji termasuk 2 kamera polaroid kecik dan besar.


*Abqary, Ayuni, Baby Zariff, Wanie dan Aqil


*Asum, Angah dan Anaki di depan Mc D TC (teluk cempedak)

tak sabar rasanya nak datang balik ke kuantan. udang kat sana semua saiz XL. memang puas hati brader. rugi kalau datang kuantan tak layan seafood. pasni aku nak layan ketam ngan udang kara plak.



*************************************************************************************

Suskepek!? saya mahu duit sahaja


raya ke 3 aku start selsema. mungkin terkejut sebab makan banyak di siang hari. selang 2 hari aku batuk. selsema tak hilang lagi. 4 hari selepas tu aku demam. tak boleh handle punya pasal aku MC 1 hari. ingatkan dah berehat 1 hari kat rumah dah ok. rupanya makin parah. suhu badan aku turun naik tak menentu. yang tak bestnye walaupun aku duduk dalam kereta tutup tingkap tak bukak penghawa dingin, badan aku seram sejuk mengigil-gigil. memang tak boleh handle bila batuk,selsema dan demam melanda serentak. lagi tensen bila aku tak dapat merokok. tasteless orang putih kata.

lepas dapatkan rawatan kat klinik, doktor panel aku bagi 1 surat rujukan ke hospital pakar bahagian rawatan dalaman. besok tengahari aku sampai kat hospital pakar. lepas doktor pakar membuat rawatan rutin dan bertanyakan soalan lazim, aku di minta untuk membuat ujian darah, air kencing, air tekak dan imbasan dada. masa on the way ke tempat ujian, aku belek memo doktor untuk pembuat ujian.


please take basic sample for;
- HIV Test
- h1n1 Test


uik?aku tergamam sekejap. dalam kepala hotak aku blank. takde apa-apa yang melintasi minda aku ketika itu. nak sedapkan hati tunggu aje la keputusan nanti.

aku kena admit 4 hari kat hospital. hari pertama dan kedua amat membosankan. selain kena cucuk fluid antibiotik kat tangan 12 jam sehari dan makan ubat batuk dan demam 4 jam sekali, aku hanya baring kat katil sambil melayan televisyen. nasib baik ramai nurse-nurse pelatih kat situ. hari ke tiga bini aku datang bawak laptop dan psp. baru terasa bebas bila dunia di hujung jari. bila dah dapat gajet, wifi HSJ plak slow. tensen je aku. boring punya pasal aku layankan jugak.

masuk hari ke 4 doktor cakap aku dah tak demam. aku tanya balik aku demam apa. dia cuma cakap aku demam biasa aje. damn! kalau demam biasa kan boleh rawat kat rumah aje. bagi aku panadol 3 kotak, ubat batuk 2 gelen, antibiotik 3 plastik ngan jadual senaman ringan, yang lain aku setelkan. bikin hati panas je bila dengar jawapan doktor tu. aku cakap aku nak discharge pagi tu jugak tapi dia seboleh-boleh suruh aku discharge petang. last-last, dia suruh amek lagi satu anti biotik shot pastu boleh discharge. kesudahannya aku keluar dari hospital dengan kepala yang berdengung sebab efek ubat tu.


"semua sekali RM2,721.00 terima kasih."


*************************************************************************************************


Rumah terbuka dan Besdey Afzal



*line up keluarga wanie (ayah wanie takde dalam gambar ini. kena balik awal ada hal penting).


keluar dari hospital terus pegi segamat rumah akak ipar aku. dia ada buat rumah terbuka dan majlis harijadi anaknya yang ke 3. kecik-kecik dah gumuk. sepanjang perjalanan tu aku tidur sambil layan stone. laju gak bini aku bawak kereta. tau-tau je da sampai. nama pun majlis rumah terbuka dan menyambut harijadi. dah tentu banyak acara makan-makan dan macam biasa aku tak makan sangat pasal kurang deria merasa. damn lagi!


*************************************************************************************


Tugasan di Parit Botak


tugasan aku yang pertama sejak bulan 5. kaku jugak mula-mula sebab dah lama tak pegang kamera. sampai je kat rumah pengantin aku test dulu skill aku di sekeliling rumah pengantin. tes tis tes tis dah mula dapat tune. malam tu majlis bernikah di surau sebelah rumah pengantin. kalau ikut aturcara nikah start lepas Isyak. buat persiapan itu ini pukul 9 la janji melayu. tengok jam dah pukul 9.20 tapi pak imam tak sampai-sampai lagi. mulut makcik pengantin perempuan dah start membebel sebab kelewatan pak imam. 10 minit diperlukan untuk dia cari no henfon pak imam.


"assalamualaikum pak imam."

"waalaikummussalam."

"pak imam kat mana?"

"ada kat rumah ni tengah bergurau dengan anak."

"pak imam, pak imam lupa ke malam ni pak imam ada majlis nikah dekat surau parit botak?"

"eh? bukan malam besok ke?"


angin je orang kat situ bila dapat tau pak imam jawab macam tu. pakcik-pakcik kat luar tergelak besar sambil hisap rokok nusantara hijau beramai-ramai. muka pengantin lelaki kembali senyum daripada kekelatan 20 minit yang lalu.
pak imam cakap biasanya kalau malam orang nikah hari sabtu malam ahad. tapi majlis ni buat hari jumaat malam sabtu. tu yang dia konfius. aku pun tak tau kat mana dia boleh konfius. da..? ish...kat surau tak boleh mencarut.




*ini bapak pengantin perempuan. jangan keliru dengan pengantin lelaki.


keesokan harinya layan majlis sanding pulak.








alhamdulillah. tugasan majlis ni berjalan dengan lancar. besok da boleh gi BP Mall layan drift. balik dari parit botak aku singgah kedai upload gambar dulu. buatnya terjadi apa-apa kat memory card ni nanti apa aku nak jawab dengan pengantin. mau kena pukul dengan orang kampung. tengah aku upload gambar mak mentua aku call. esok pagi ada tugasan di surau depan MRSM pontian. apa entah nama parit tu. nasib baik majlis nikah sahaja. tak menggangu perancangan aku lagi. sebab tu la kekadang aku tak nak terima tugasan last minute. tapi kalau rezeki, seboleh-bolehnya jangan tolak.hmmm....



*************************************************************************************


Tugasan kedua


masa ni tengah mamai lagi. majlis nikah pukul 10 pagi. ngantok tak hingat.













*************************************************************************************


Autoshow dan Drift BP style


selesai sahaja tugasan tadi, aku terus singgah kedai. wawan dan asjad ada di kedai. aku offer ikut aku ke BP Mall tengok autoshow dan drift event. dorag on aje walaupun tinggal 50 sen dalam kocek. teringat masa aku baru habis SPM dulu. dengan RM2 pun aku boleh sampai KL. huh..

ini kali pertama Abqary tengok autoshow dan drift event. selalu tengok kereta drift cerita Evolusi KL Drift. bila dia dah tengok depan mata tak nak berganjak la pulak. naik lenguh bahu aku dudukkan Abqary kat leher. dah la panas, ramai orang pulak. kalau macam ni punya gaya memang aku tak dapat nak shoot kereta la. tunggu punya tunggu akhirnya dapat jugak aku duduk di barisan hadapan. patut la dorang semua sekejap aje duduk kat depan. jadi tadahan pasir dan getah habuk tayar bila kereta drift depan dorang.



*kurang minat dengan kereta autoshow. muka pun ketat aje.








*kembali ceria bila dapat tengok kereta-kereta membuat aksi apungan.


*kereta ni dah jadi salah satu wishlist Abqary. lepas ni kalau aku jemput korang datang sambut majlis harijadi anak aku korang dah tau kan nak bagi apa.


*************************************************************************************

Hari terakhir


semalam hari terakhir aku di dermaga PTP. hari isnin start training job baru.
















Tuesday, October 13, 2009

aku dah keluar spital!!


demam, selsema, batuk kering, batuk berkahak, sakit kepala, sengal-sengal badan dari raya ke-3 sampai la hari selasa minggu lepas. tak boleh handle punya pasal aku mintak pihak insuran uruskan kemasukkan aku ke hospital johor specialist. 4 hari duduk kat spital. padan muka aku sebab lupa bawak psp dengan laptop. sib baik ada kunjungan dari kengkawan dan keramahan suspek pesakit h1n1 yang lain. diulangi "suspek"!. kalau korang tak paham apa maksud suspek tu da bleh start wiki.






moral: makan panadol 4 jam sekali.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya




orang bangun pagi nak pergi sembahyang raya,
aku bangun pagi nak pergi kerja..

orang pakai baju baru,
aku pakai baju kerja baru (tak sama dengan tahun lepas)..

orang keluar rumah pagi-pagi nak pergi masjid,
aku keluar rumah pagi-pagi nak pergi kerja..

orang pergi masjid nak menunaikan solat aidilfitri,
aku cuma tengok orang pergi masjid dan sembahyang raya dalam kereta..


..............


Selamat Hari Raya pada mereka yang bekerja di pagi raya. sesungguhnya jasa dan bakti mu untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara pada hari raya lebih hebat dari mereka yang berjuang melindungi negara.












Tuesday, September 8, 2009

tak rajin


5 sebab kenapa aku tak rajin update blog..

1. jadual kerja aku sudah bertukar kembali ke 5/2 - 5/3 (hari bekerja/hari tak bekerja).

2. aku banyak menghabiskan masa dalam perjalanan pergi dan balik kerja (1 jam 40 minit sehala).

3. bila duduk depan komputer aku banyak menghabiskan masa membaca blog orang dari update blog sendiri.

4. terlalu letih sebab selalu miss sahur.

5. tengah pikir nak pakai sepotrim baru.



sekian, terima kasih kerana membaca entry ini.





moral: banyakkan ibadah di bulan puasa yang mulia.






























Saturday, August 22, 2009

selera tekak

hari pertama bersahur dengan selera western. aku dan wanie memang tak tidur malam tu. macam biasa, aku layan astro, wanie memasak kat dapur. dan hasilnya seperti gambar di bawah. dalam sejarah aku, ni la kali pertama aku bersahur makanan western. tak tau berapa lama boleh tahan makan macam ni. hidup penuh dengan cubaan, orang da masak aku makan aje la.




memang superb!aku suka kuah daging "well done" kata wanie. mabeles! tak sia-sia aku support wanie tengok program AFC kat astro. berbaloi jugak hasil yang di masaknya. tak payah nak belanja lebih pergi belajar dengan chef kat sekolah memasak. kalau korang buat undian kat entry ini, insya allah hari raya nanti pun aku suruh wanie buat western aje. tak payah susah-susah nak anyam ketupat, buat rendang, ayam masak merah. lauk-lauk raya tu semua boleh tukar dengan jiran sebelah mnyebelah. tak pun pergi aje rumah mak mertua aku. yang pasti seperti tahun-tahun sebelumnya, "burasak" memang wajib untuk selera raya aku. takde menu tu aku tak raya pun takpe. aku sanggup on call sampai raya habis.




melatih wanie menjadi tukang masak profesional adalah salah satu agenda aku untuk menakluki pekan rengit. nak main dalam bidang hartanah modal tak cukup lagi. nak berpolitik tak berapa pandai. selain memikat penduduk kat sini dengan hiburan, "perut dan selera tekak" dorang menjadi sasaran aku selepas ini. jangan terkejut kalau korang tengok signboard muka aku di setiap pintu masuk pekan rengit ni nanti. masa tu jangan sebuk la nak cari balik no phone aku. kalau korang dapat call pun PA aku yang jawab nanti. aku sebuk main game.









moral: jaga pemakanan anda di bulan puasa.


***********************************************************************************

di sini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua umat islam. semoga amal ibdah kamu diberkati pada bulan yang mulia ini.

Sunday, August 16, 2009

dapat korek mesti sedap..



*A tunnel boring machine (TBM) is a machine used to excavate tunnels with a circular cross section through a variety of soil and rock strata. They can bore through hard rock, sand, and almost anything in between. Tunnel diameters can range from a metre (done with micro-TBMs) to 19 metres. Tunnels of less than a metre or so in diameter are typically done by horizontal directional drilling rather than TBMs.

Tunnel boring machines are used as an alternative to drilling and blasting (D&B) methods in rock and conventional 'hand mining' in soil. A TBM has the advantages of limiting the disturbance to the surrounding ground and producing a smooth tunnel wall. This significantly reduces the cost of lining the tunnel, and makes them suitable to use in heavily urbanized areas. The major disadvantage is the upfront cost. TBMs are expensive to construct, difficult to transport and require significant infrastructure. The biggest is built by Herrenknecht AG of Schwanau, Germany to dig the 57 km Gotthard Base Tunnel. It has a diameter of 19 meters.



************************************************************************************

aku tak puas hati dengan sistem perparitan kat kawasan kedai aku ni. asal hujan lebat je air masuk dalam kedai. letih la aku nak kena mop dengan punggah pc letak atas meja. aku dah start kumpul duit nak beli mesin kat atas ngan lantik kontraktor dari jepun. lepas ni indah water pun kena bayar kat aku kalau nak pakai aku punya longkang.






moral: sediakan payung sebelom hujan, sediakan longkang sebelom banjir


Friday, August 14, 2009

H1N1 lagi!!

**sekadar gambar hiasan



mari lah kita sama-sama berdoa supaya kawan wanie - Nazatul Issma dan anak dia - Mohammad Ashraf cepat sembuh dari jangkitan H1N1. sekarang mereka dikuarantin kan di rumah TTDI shah alam...

Thursday, August 6, 2009

risau

**entry ini sepatutnya dah publish pada tarikh kejadian berlaku. tetapi disebabkan tahap kesibukan dan kemalasan yang melampau, entry ini tertunda selama beberapa minggu. pihak editor ingin meminta maaf jika pembaca mengalami nasib yang sama seperti kisah di bawah disebabkan tidak sempat menjadikannya sebagai pengajaran. terima kasih. - 11.08.2009 -





gambar di atas adalah perkara yang aku risaukan sejak aku menggunakan jalan dalam ke tempat kerja selain kena langgar dengan pembawa H1N1 di kawasan kebun kelapa sawit antara air baloi dan parit sikom.

menjadi kebiasaan aku bila balik kerja shift malam, aku akan memandu sambil menghayati pemandangan di kiri kanan sepanjang jalan. tujuan aku berbuat demikian bukan untuk mencuci mata atau sebagainya tetapi hanyalah mencari alasan untuk mata dan otak aku aktif setelah kerja sepanjang malam. walaupun aku dapat tidur di tempat kerja tetapi mata aku tetap mahu tertutup semasa perjalanan pulang. bermacam-macam cara telah aku praktikkan. daripada mengira berapa banyak tiang lampu, jirat cina, kenderaan mempunya no plat JAT, berkaroke mengiringi lagu di radio, ataupun mengunyah kacang kuda, semuanya tidak mendatangkan hasil yang memuaskan.

hari ini aku pulang awal sikit daripada biasa. aku keluar dari tempat kerja dalam pukul 7.15 pagi. sepatutnya aku balik kerja jam 8 pagi. dah nama pun untung, cabut aje la. bukan tolak OT pun. kenderaan tidak banyak pagi ni. biasa la hari ahad. ramai yang masih berdengkur di bawah selimut masing-masing. mungkin penat menghabiskan hari cuti di tempat-tempat tumpuan ramai pada malam minggu. masa aku jadi "bos" dulu pun kalau tak pukul 5 pagi aku akan habiskan masa mengukur jalan dan taman di sekitar johor bahru bersama kawan-kawan.

pemanduan aku mengikut kategori. tak kira siang atau malam jika hendak ke tempat kerja, pemanduan aku bercorak berwaspada. ada unsur-unsur suspen, tekno dan sedikit shuffle. kelajuan kereta dalam 90 - 110 kms/j. balik kerja siang aku akan memandu sambil mendengar IKIM.fm. sebab apa? sebab aku rabun sikit pada waktu malam. jadi untuk mengurangkan aku berkhayal pada waktu itu, aku kena berpikiran waras, iaitu mendengar fakta yang benar. bukan dongeng atau mitos yang boleh mengkhayalkan kau ketika memikirkan apa kenyataan yang korang dengar di radio. kelajuan 80 - 90 kms/j. jika balik kerja malam, aku lebih bersantai pada permulaan perjalanan. cari tune dulu.

seperti biasa aku akan memandu dengan rilek dari ptp ke pekan nenas. jalan pun tak berapa elok di ulu choh. masuk pekan nenas ke kampung sawah, aku tingkatkan lagi kelajuan untuk mendapatkan mood yang sesuai. pagi-pagi ni kurang sikit mat rempit kampung keluar simpang secara mengejut. sebelum sampai simpang ke gunung pulai, di hadapan aku ada sebuah kereta gen 2 (satu family. mungkin nak ke kenduri kahwin di melaka) dan sebuah kereta kancil di hadapannya. kelajuan masa tu pun dalam 80 kms/j.

kebiasaannya aku akan mula menekan minyak lepas simpang nak ke gunung pulai (tempat aku langgar ayam pada Februari lepas) sebab lepas simpang ini ada beberapa selekoh kegemaran aku. selalunya aku akan mencabar kewarasan aku dengan memotong di selekoh tapi disebabkan kancil di hadapan pun laju, aku hanya mengekori kereta gen 2 dengan rapat. tak sangka kancil tu pun layan korner.

selekoh pertama dan kedua dimulakan dengan citarasa aku. masuk selekoh ke 3 agak laju daripada biasa. mungkin sebab terlalu rapat dengan kereta di hadapan, aku tak dapat nak mengagak. lepas menjarakkan dari kereta gen 2 untuk mencari ruang di selekoh ke 4, aku perasan kancil di hadapan tak membelokkan keretanya ke kanan. kancil tu terus je ke hadapan sambil membuat satu lompatan yang tak berapa best meninggalkan debu-debu tanah berterbangan.

secara otomatik aku memperlahankan kereta sambil menghidupkan hazard light dan memberhentikan kereta aku di bahu jalan. gen 2 di hadapan pun berbuat demikian sebab dia direct witness. kancil tu dalam keadaan terbalik (seperti gambar di atas). brader gen 2 terus melompat ke bawah untuk memeriksa driver kancil yang terbalik tu. lama jugak akak tu nak merangkak keluar.

"boleh tahan jugak akak ni bawak kereta" getus hati aku.

akak tu cuma luka kecil di tangan kanan, terseluih siku kiri dan kehilangan handphone. mungkin tercampak keluar dari kereta semasa terbang tadi. seperti pemandu lain yang memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian eksiden, aku mengamati kancil yang terbalik tu sambil mencari punca kenapa boleh terbang tanpa kerelaan pemandu. aku perasan tayar kirinya dah terkeluar daripada cengkaman rim. mungkin tercabut semasa hendak membelok ke kanan dengan kelajuan yang tinggi. melihat keadaan pemandu selamat, aku meneruskan perjalanan. sempat jugak aku memeriksa tekanan angin tayar aku. manalah tahu, malang tak berbau.

kejadian tadi membuatkan aku segar dari mengantuk. aku cuba meletakkan aku dalam situasi begitu. siapa yang nak tolong aku? aku nak hubungi siapa? nak buat apa? macam-macam soalan ligat dalam kepala otak aku. disebabkan terlalu banyak berpikir dengan tak tahan menahan sinaran matahari pagi campur mengantuk, aku mengambil keputusan untuk berhenti di kedai jual nenas kat simpang parit makasar/air baloi untuk melelapkan mata seperti yang aku selalu buat kalau kerja malam. bila la dorang nak buat R&R kat sini. asik tidur tepi jalan aje.







moral: malang tak berbau. periksa tayar selalu!

Friday, July 31, 2009

suspek H1N1??


aku da 3 hari kena selsema yang berat. rasa macam nak tanggal je idong pusing laju-laju kat mesin basuh. asalnya abqary yang selsema dulu. lepas hantar abqary ke jb untuk bersama nenek dan ambok selama seminggu, aqil pula kena selsema. sehari sebelum wanie ke kl 3 hari lepas, dia pulak kena selsema,sakit tekak,batuk tak keluar darah, pening kepala dan sakit-sakit badan. balik dari kl, aku pulak kene selsema. akhirnya, satu famili kena selsema. malam semalam gi kerja pun berat je kepala ni. nasib baik tak banyak kerja. dapat jugak aku melelapkan mata pukul 4.30 pagi sampai pukul 6. hehe...tapi tu pun tak cukup nak cover waktu perjalanan aku balik kerja. seperti biasa, berenti kejap kat warung jual nenas untuk melelapkan mata sikit.

sebab tak tahan, aku, wanie dan aqil beramai-ramai ke klinik malaysia, batu pahat tengah hari tadi. melepas lagi semayang jumaat. doktor klinik tu pun terkejut bila aku masuk satu keluarga.

"sapa sakit?"

"semua doktor."

"haiya...u takda keluar negara kan?"

"takda la doktor. kami bukan suspek H1N1."

"bagus....ini macam saya boleh tolon."

apa punya doktor. macam doktor ayam. tapi yang bestnya kat klinik ni, dari meja sampai la ke mesin kira-kira wang tunai,semua nya old skool. gila...mana nak carik mesin wang tunai yang ada handle kene tarik baru keluar dia punya laci wang. ubat dah la murah gila. banyak pulak dia bagi. tak merugikan pihak syarikat kalau aku mc tiap-tiap minggu. baru rm15 satu orang.

"i tengok u punya muka ada pucat. ini i boleh tolong. i bagi u satu hari mc ok?"

emm...bagus doktor ni. tak payah aku nak bersusah payah buat ayat nak membohong. hakikat nya badan dan hidung aku memang tak boleh hendel. sampai rumah pun pagi tadi lelap kejap depan pintu kedai. nasib baik tak kena pijak dengan customer pasal kedai memang belom bukak pun. balik dari klinik dah pukul 2. pergi makan kejap kat batu pahat, pukul 3 balik rengit. perjalanan balik ke rengit yang memakan masa 20 - 30 minit aku rasa macam nak pergi melaka. mata pedih minta shutdown tapi aku tahan je. sape nak bawak kereta kalo aku tidur?wanie dengan aqil da tidur masa lalu depan bpmall.

dah sampai rumah gatal plak mata ni tak nak tidur. nak di pendekkan cerita, meluangkan masa kat kedai jugak..







moral: jaga lah kesihatan anda.

Wednesday, July 22, 2009

di kunjungi kawan lama


hari ahad yang lepas kedai aku di kunjungi 2 orang ahli muzik@artis yang sedang menempa nama di persada seni tanahair. 2 orang tu pun bukan orang lain, geng sekolah aku juga. yang membuatkan dorang ni jadi ngetop bila budak-budak kat kedai aku ni nampak kelibat mereka berdua. sibuk selongkar meja aku. bila dah dapat apa yang di cari mula la tersipu-sipu kat member aku yang sorang ni.

"bang...mintak sain. saya memang minat dengan band abang."


member yang masih keletihan lepas buat show kat shout award! pastu lari ke batu pahat untuk menjayakan gig percuma anjuran rakan muda batu pahat pun dengan rela hati, tak nak melukakan perasaan peminat kecil, menurunkan tandatangan kat kertas kosong bersaiz A4 tu.

lepas sesi tandatangan, kita orang lepak kat depan kedai sambil berborak-borak kisah lama, kini dan masa depan. sempat juga menghabiskan 3 batang rokok bersama, mereka minta diri untuk sambung kembali perjalanan ke johor bahru. budak-budak tadi masih lagi menunggu di tepi kedai sambil mengusha-usha member yang tengah bersembang dengan aku. tengok dorang semua macam nak gerak, budak-budak ni datang lagi menerpa.



"err...uncle. amik la gambar kita orang ngan Komplot. kita orang Komplotan jugak."


aku pandang ke muka zack minta persetujuan. dia angguk bersahaja sambil tersenyum. dapat juga dorang bergambar ngan artis yang baru dorang sayang. lepas mengucapkan salam, mereka pun bergegas menuju ke johor bahru. Zack sempat juga memberi kata-kata perangsang pada peminat dia.



"korang sekolah lagi kan?belajar rajin-rajin. pelajaran tu penting."




dah nama pun budak-budak. dorang menerima nasihat zack dengan acuh tak acuh. bila kelibat mereka hilang dari pandangan, bertubi-tubi soalan diajukan kepada aku. macamana boleh member dengan dia? bila dorang sampai sini? dorang nak pergi mana? awek tu siapa? malas aku nak layan. aku masuk balik ke kedai dengan muka yang separa ketat.









apa!?dorang tak tau ke? aku pun arits jugak. cuma lagu aku tak sempat lagi ke udara di corong-corong radio mahupun telivisyen.


peringatan kepada jimbo. jangan harap kau dapat layanan seperti di atas kalau singgah di rengit. aku dah cuba. 0.01% je penduduk rengit yang boleh blah.









moral: kawan biar beribu, kasih biar 4. apa?1.tuhan 2.ibubapa 3.bini 4.anak-anak. salah ke?

Sunday, July 19, 2009

pengantin lagi...

entry ni termasuk dalam entri bulan yang sibuk untuk semua orang sebab ni gambar pengantin untuk bulan 6. nak dekat sebulan baru aku hantar album kahwin dia. nasib baik pengantin memahami dan sportivo. kali ni takde amik outdoor session sebab pengantin sibuk melayan tetamu dan saudara mara yang hadir. agak keciwa gak untuk aku sebab aku da plan nak suruh dorang posing kat ladang kelapa sawit. takpe la...idea tu aku leh pakai untuk nakal pengantin lain.

-lokasi: felda moakill labis, segamat-











moral: sediakan payung sebelum hujan dan juga panas terik di tengahari. nasib baik tak migrain.

Saturday, July 11, 2009

June '09 - bulan yang sibuk untuk semua orang

awal bulan lalu aku ke KL untuk membawa pulang isteriku yang baru habis training di Shell Akedemi. kat sana aku dikenalkan dengan seorang otai - cik kamil nama dia. dia ada memberi tips dan nasihat yang aku boleh guna pakai. untung dapat kawan baru yang berpengalaman dalam sesuatu bidang terutama sekali bila orang itu sudah berumur. bak kata pepatah, dia dulu makan garam dari kita. jadi, boleh la aku jaga pemakanan aku supaya tak cepat dapat darah tinggi. huhu...

ni la gajet dia.

bila la aku nak merasa pakai yang ni pulak.

************************************************************************************

selepas habis acara graduation isteri aku, kami melepaskan rindu sambil berpacaran di bandar kuala lumpur. aku bersama kawan isteri aku suami isteri meronda sekitar ubi kota. lama rasanya tidak mencuci mata di ibukota. rasa macam orang jakun la pulak. dapat juga aku release tension untuk bulan jun ini. phew~~...



banyak aku nak ceritakan dalam entri kali ini cuma banyak perkara-perkara menarik yang aku lupa. nanti kalau aku ingat balik aku update la.














moral: jauh berjalan luas pengalaman. lain kali bawak buku nota kecil. boleh tulis perkara yang penting-penting.

Thursday, July 2, 2009

cita-cita seorang ayah..




salah satu impian aku adalah anak-anak aku berbakat dalam bidang muzik dan boleh mendendangkan lagu untuk aku pada usia mereka 10 tahun. nampak gayanya aku kena tambah lagi seorang anak lelaki. musim tengkujuh bakal kunjung tiba lagi sebulan dua ni dan aku laki bini kene start makan buah badam, kurma, telur setengah masak campur madu dan minum susu kambing. harus kembali bersukan untuk meningkatkan lagi stamina. hmmm....rasanya tahun ni punya honeymoon nak pergi mana ek?





moral: melentur buluh biar dari rebungnya. nak lagi cepat, ikat pucuk ke tanah. dah besar nanti tunduk la dia.
************************************************************************************

costume terbaru aku.


Tuesday, June 23, 2009

aku dapat award la...


blog aku terpilih dapat award kat sini. tak sangka ada gak orang suka kat blog aku. terima kasih pada pemberi award. huhu.







moral: usaha tangga kejayaan.

Thursday, June 18, 2009

H1N1 - penyakit berjangkit?ptuih...

penyakit berjangkit ni memang satu penyakit yang membimbangkan semua orang terutama sekali kepada ibu bapa seperti aku. ye la...kalau jangkit kat kita yang dah besar panjang ni ok lagi sebab dah pandai jaga diri. kalau kena kat anak-anak kita yang masih kecil macamana!?kita bukan tau kehendak anak-anak kecil ini dengan segera. yang mereka tau cuma menangis dan terus menangis. kena anak aku yang sulung ok lagi la sebab dah boleh menutur beberapa perkataan walaupun tak berapa jelas tapi bila diulang berkali-kali paham juga apa yang diingini. belom pernah lagi aku dengar Abqary menangis sambil nyanyi lagu wonderpet. "kamnyi nyatang..kamnyi nyatang..pe nyang penting..kenyenyame.."

**************************************************************************************

pada entry yang lepas aku ada beritahu kat korang semua yang Abqary di masukkan ke hospital SJMC kerana jangkitan kuman bawah kulit. 2 hari juga Abqary di tahan di hospital. tengok bil dia je leh buat aku tergaru-garu kepala yang tak gatal. nasib baik insuran cover. itu pun kena keluar duit sendiri sikit untuk fees yang insuran tak cover. yang penting Abqary sehat seperti sediakala. kelmarin masa ke shah alam untuk membawa pulang Abqary aku sempat menghantar adiknya Aqil untuk diperiksa di hospital yang sama. doktor itu bagitahu yang tumbersaran Aqil ini delayed - bermaksud tumbersaran nya tak seiring dengan keadaan fizikal. dia menasihatkan Aqil menjalani rawatan fisioterapi dan mengambil ujian MRI. aku diam sebentar. doktor itu seperti memahami bila melihat air muka aku yang berubah.

"rawatan MRI (brain scan) itu dalam lingkungan RM1200 - Rm1400. awak fikirla..asyik kerja cari duit sahaja tetapi kesihatan anak harus diutamakan." dengan slang india kasta tinggi.

aku renung anak mata doktor itu dalam-dalam dengan harapan dia dapat membaca fikiran aku. ibu dan bapa mana yang tak nak anak-anak mereka sehat dan normal seperti anak-anak yang lain. begitu juga dengan aku. ikutkan sejarah kesihatan anak aku yang sorang ni memang menyedihkan. kalau boleh pindahkan penyakit nya ini aku orang pertama yang menawarkan diri. anak menjadi keutamaan. tanpa berfikir 3 kali aku bersetuju menjalani rawatan untuk Aqil selasa ini. apa nak jadi, jadi la.

sepanjang perjalanan pulang ke rengit malam semalam, mak dan mak mentua aku tak henti-henti beri semangat. duit boleh cari. kesihatan anak tu penting. ya...memang betul. kesihatan anak tu lagi penting dari segalanya. mereka la penyambung zuriat dan keturunan aku. mereka juga penghibur hati aku bila aku penat pulang bekerja. mereka anak murid aku yang pertama dalam mengajar mereka panduan agama,erti kehidupan dan teknik menangkap gambar.



siapa yang rasa nak tukar bodykit Coure L7 limitid edition, seat Gino kotak-kotak hitam, stereng Gino dan sepotrim champion boleh hubungi aku. harga boleh dirunding.



gambar tahun 2006. sepotrim tu da jual. ganti sepot rim di bawah.

sepotrim champion








moral: sediakan tabung untuk masa hadapan.

Wednesday, June 10, 2009

SG - Wonderpets Forever



kawan..

satu aje yang aku harapkan sangat-sangat, jangan la korang tukar sekolah. nak tukar guild pun boleh buat aku sedih. aku sayang kat korang semua.


Guild Wonderpet team members

bersama windrunner

bersantai di hadapan E-room

hmm....mana yang best ek?

bersama-sama pet yang chumel dan tak chumel/buruk

bersama Darkness_brawler dan Trilogy_X


harap kita menjadi kawan sampai bila-bila. Apa yang penting? KERJASAMA!!








moral: kawan biar beribu, berkasih pada yang satu.